Sleeping With The Enemy...


Sleeping with the enemy

Ini hanyalah perumpamaan

Bukanlah realiti pada nama dan hakikat sebenar

Falsafahnya..

Tidur adalah perkara peribadi

Kita perlu tidur untuk rehat

Dapatkan semula kekuatan

Dan bila tidur, kita pasti mahukan keselesaan

Untuk tidur yang nyaman

Pasti keselesaan itu juga adalah subjektif

Dan ada banyak lagi perkara berkaitan

Jika dibincang lanjut

Namun ringkasnya

Bila tidur dengan musuh (sleeping with the enemy)

Ini mudahnya menggambarkan situasi yang tak sepatutnya berlaku!

Masakan kita sanggup tidur dengan musuh?

Yang sepatutnya menjadi teman bercakaran

Hakikatnya…

Itulah kehidupan

Kita tidak dapat lari dari risiko

Dalam sekecil-kecil perkara peribadi mahupun umum

Bila direnung kembali

Teman dan lawan

Pasti ada titik persamaan

Hingga teman dan lawan boleh berkawan

Sebab…dua unsur poisitif dan negatif itu ada dalam diri setiap orang

Hanya kadar tolerance kepada elemen itu yang menentukan

Nilai tolak dan tambahnya

Mungkin ada yang kata

Sleeping with the enemy?

Eeeee never!

Hakikatnya, itulah kita

Kadang jadi musuh orang

Memusuhkan orang

Memusuhi orang

Menjadi musuh diri sendiri

Kitalah sebenarnya musuh itu…

Kita membina musuh dalam diri sendiri

Sedang baik dan buruk pun kadang ada titik temu

Inikan pula diri kita yang tak sempurna

Ikhlaskan hati

Baik buruk diri kita atau orang lain

Seimbangkan

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi..

Hahahh macam melodi la pulak…

Comments

  1. salam ustaz
    duality of men pun ok
    human paradox pun bole..
    kita kadang kala paradox bukan?
    pelik, kadang kita tak suka orang tu
    tapi pada satu keadaan kita boleh pula go on dgn dia
    hipokrit ke mcm tu?
    ke guane?

    ReplyDelete
  2. seorang daie soarang yang begitu analitcal minded.. daie akan melihat pada titik persamaan, kemudian daie cuba melihat kekuatan yang terhasil perbezaan, kemudian daie cuba memminimakan kekurangan dan memaksimumkan kelebihan. sememang menjadi daie memerlukan kebijaksanaan! tu bukan hipokrit, tetapi berstrategi.. :)

    ReplyDelete
  3. betul ustaz..
    setiap kita adalah daie
    buruk baik ada pada ciptaan bernama insan
    yang penting, seimbangkan dan pasang strategi untuk maksimakan elemen kebaikan, singkirkan keburukan,,,kan3x

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..