Sentuhan Kasih Bonda

Kesempatan Aidiladha membawa kami berkumpul mesra

One big family berkumpul semua

Tanpa ada pengecualian

Anak, menantu dan cucu

Gathering sebegini di akan berlaku setahun sekali

Kali ini semua turn Langkawi

Mungkin aidilfitri akan datang akan dapat peluang sebegini lagi

Kulihat sentuhan kasih bonda tidak berkurang

Semua kelengkapan raya bonda sediakan

Walaupun anak-anak telah berkeluarga

Kasih bonda tetap sama

Bukan saja layanan kami sama

Menantu dan cucu pun dilayan serupa

Tiada berkurang!

Terkadang rasa diri seperti anak kecil

Di dalam buai kasih bonda

Bonda tetap bonda

Ketupatnya, kari dagingnya, tapainya, laksanya

Makanan tidak pernah kurang atas meja

Sampai kami kekenyangan tak kenal masa

Dulu bonda manjakan kami

Kini giliran cucu, dimandikan, diberi makan

Walau sibuk di dapur dan sering sungut penat

Namun bonda tak pernah jemu melayan

Sungguh..

Sentuhan kasih bonda pasti tidak akan dapat kubuat

Malah tak dapat juga dibalas

Terima kasih bonda

Moga Allah merahmati bonda sentiasa

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..