Sedapnya Kelapa Laut


saki baki cuti di langkawi hari ni dihabiskan dengan jalan-jalan
layan bonda di Kedai Borong Sakan Pekan Kuah
last-last saya yang borong baju dan baju Ana Muslim untuk anak-anak
lapar tengahari makan di Kedai nasi Kandar Pekan Rabu

Bila sampai HIG untuk beli coklat dan sudu untuk Tok Mama
kepala dah pening
mungkin panas cuaca hari ni
sebelum ni hujan
mungkin juga banyak makan daging korban

pekena air kelapa laut sedap ni
kata encik suami
Alhamdulillah dari jauh
dari simpang tiga ke Sek Teknik Langkawi
sudah nampak tandan kelapa laut
di atas van jaja tepi jalan
comel buahnya
nampak macam best

saya belum pernah rasa air kelapa laut fresh dari buah
yang dalam tin selalu saya makan
anak-anak dan encik suami memang gemar
di Silver Pot TTDI, semangkuk air kelapa laut mencecah RM8

di Langkawi, hanya dalam paper cup saiz sederhana
sejuk dengan cebisan potongan isi kelapa laut hanya RM1
segar sungguh tekak
dan sungguh sedap!

saya surf sikit tentang khasit kelapa laut
dan encik suami siap pasang niat nak tanam pokok lagi di rumah
bagus tu
air kelapa laut ni khasiat yang saya tahu ialah menyejukkan badan

rupanya khasiatnya sangtalah banyak...

Kelapa laut ialah sejenis pokok palma yang juga dikenali sebagai pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal. Nama palmyra palm. Nama botaninya ialah Borassus flabellifera. Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand. Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.

Selain itu, daun pokok ini banyak mengandungi kalium juga digunakan sebagai baja hijau untuk sawah padi. Pipit serunai dan daun pipit, iaitu dua jenis alat muzik boleh juga dibuat dari daun pokok ini. Sabut juga boleh dibuat dari beberapa bahagian pokok ini. Sabut boleh didapati daripada batang daun, kulit buah , batang pokok, daun. Sabut panjang dari batang daun boleh dibuat tali dan berus.

Pokok jantan dan betina ditoreh untuk mendapatkan nira. Untuk memperolehi gula tal, cecair ini dimasak sehingga pekat dan dibiarkan membeku. Cecair yang tidak membeku dipanggil sebagai madu kelapa laut.Gula kelapa laut ini mengandungi lebih 80 peratus sakaros (sejenis sukros). Gula yang mengalami proses penapaian menghasilkan todi. Todi yang kuat boleh dijadikan arak. Nira yang kurang penapaian boleh digunakan sebagai yis untuk membuat roti. Penapaian yang berlaku dalam jangka masa beberapa bulan boleh menghasilkan cuka.Kelapa laut yang muda biasanya sedap dimakan. Buah yang masak boleh dibuat pati air minuman. Begitu juga dengan akar muda.

Empelur batang pokok mengandungi banyak kanji sagu. Pokok yang ditebang betul akan menghasilkan sagu yang banyak.Pokok yang tua pula bernilai sebagai bahan kayu. Di Indo-china, air nira pokok diminum kalau susah hendak buang air besar, air rebusan batang bunga atau akar diminum supaya kencing lawas. Gula tal juga digunakan sebagai ubat untuk membunuh cacing dalam perut, malaria dan limpa bengkak selain sebagai penawar racun terutama racun akar ipoh, penyakit tibi dan batuk berdarah.

Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus dan disenteri. Buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul sering digunakan di Laos. Beberapa bahagian pokok ini boleh melawaskan kencing diberbagai negara, di Kemboja orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi khasiat untuk merawat pelbagai penyakit.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ruzita.htm


Comments

  1. Masa sekolah dulu selalu jumpe org jual air kelapa laut ni.. Sekarang susah nak jumpa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..