Sedangkan Lidah Lagikan Tergigit


sudah jadi lumrah, bila jauh, rindu, bila dekat, macam macam berlaku. ini semua cerita balik raya Aidiladha. al maklum, bila semua dapat berkumpul. sebelum raya semua macam eager nak jumpa. bila semua dah balik, suasana gamat tidak terkata, sehingga ada yang tention bermasam muka.

memang anak-anaklah yang menjadikan medan mereka bersenda loka. tiada apa yang difikirkan di kepala. ini kes orang dewasa, nak balik beraya pun banyak usaha, bila dah berjumpa, mahu pulang awal pula. tersenyum pula kita ya..

kekadang terasa ah memang menang dan betul, kunjungan jarang menambah sayang. kalau ditambah cuti, terasa pula terlalu panjang, sampai tak sabar pula asyik fikir pejabat memanjang. dulu sebelum balik semua kerja dibentang dan ditangguh tak bertunjang. ah asal nama manusia, beginilah...

biasalah, bila dah ramai, bila dah lama, ada saja isu dibincang. sedang itu agak-agaklah jangan sampai yang nanti tak mahu pulang mahupun bertandang.

adatlah raya, nama pun adik beradik, kenalah berlebih kurang, ye tak
kalau tak, takkan meriah raya, asal lidah tergigit, ingatlah, takkan putus air dicincang, kiambang pasti berpaut, dan kampung ini, tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

raya mendatang, kita pilih isu dan bentang. moga up and down keadaan ini tetap akan mengeratkan ukhuwah sedia ada kita....selamat hari raya, maaf zahir batin

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..