Pokok Kalau Dah Berbuah...


Geram saya melihat sejenis pokok ni. kalau berbuah!memang lebat dan ramai dapat manfaat!bila melalui rendangan pohon nan sebatang ini, walaupun sebatang, memang meriah buahnya, tambah-tambah bila buahnya merah mengiurkan!bukan ceri, tapi rambutan!

bilalah pokok ni berjaya tumbuh subur di laman rumahku itu..dah penat tanam, yang kecil. yang besar, yang dah berbuah pun gagal hidup. alahai, nampaknya kena guna benih yang merah tu, benih tu tanam kat pasar terus dapat 3 kilo serentak. tanam benih RM10 terus dapat rambutan 3 kilo. tak gitu?mudah tapi tak meriah....

itu kisah pohon berbuah. ada juga tanaman yang di appreciate bunganya, ada pula daunnya. jadi patutnyan jika nakkan buah, kenalah letak baja buah. baja bunga dan daun untuk tujuan spesifik pokok. pokok buah, kalau tak berbuah, tapi berdaun dan berbunga lebat, no point jugak, mesti tuan asyik bising bila pokok nak berbuah. silap-silap kena cap kapak!pokok yang di appreciate daun dan bunga pun sama, bunga ros dan orkid contohnya kalau tak berbunga, apa barang kan?

ermmm asyik cerita asal dari pokok rambutan dan berfalsafah jauh pula pasal botani pokok. benar sungguh "ilmu kalau tidak di amal, ibarat pokok tidak berbuah". macam tulah hidup kita kan. kalau jadi pokok (agak-agak pokok apa kita ye?rambutan mungkin), jadilah pokok yang bermanfaat....supaya bukan saja pokok tu tepat dengan asal kehidupan dan tujuannya tapi yang tengok pokok berbuah lebat juga bukan setakat suka tapi dapat pula makan dan rasa nikmatnya. wahhhmesti meriah.

jadi, jom letak baja yang patut untuk pokok kita samada buah, daun dan bunga ikut spec masing-masing.

salam pokok rambutan di hari Isnin

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..