Pie Daging Super Mudah


juga dipanggil Sherperd's Pie
terima kasih pada Kak Mus Jentayu yang mula bagi resepi pada saya
sejak itu, bila dihidangkan pada tamu
TAK PERNAH yang tidak meminta resepi pada saya
resepinya amat mudah
sharing is caring bukan
jom share resepi mudah ini

Pie Daging Super Mudah

tumis satu labu bawang besar
masak 1 peket daging/ayam hancur (Ramly) hingga lerai dan masak
larutkan sup segera meggi
tambah ke dalam daging
gaul rata
masukkan 1 tin cendawan butang yang telah dihiris
gaul rata
angkat dan tuangkan dalam bekas, ratakan

lecek 5 ketul kentang rebus
tambah sedikit air supaya tidak melekat
ratakan di atas daging tadi
akhir sekali taburkan mozarela cheese (atau chesee kegemaran anda)

set pembakar api atas dan bawah
suhu 180
bakar selama +- 20-25 minit

(tambah api atas sahaja 5 minit
jika keju belum lagi perang)

angkat dan siap dihidang panas
selamat mencuba
senang bukan?

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..