Pentingnya Kita Patriotik


di sekolah kita diajar untuk hormati lagu Kebangsaan
berdiri tegak
tidak berkata-kata dan fokus menghayati roh patriotisme

bukankah patriotik itu bagus?
tak semestinya jadi patriot
menghunung senjata menentang musuh
cukuplah tahu, sayang dan hargai negara sendiri
tanah tumpahnya darah kita
baik buruk inilah negara kita
tempat kita lahir dan akan mati

dalam apa saja perlakuan kita dalam hidup ini
pentingnya wujud unsur sayang
jika tidak kerana sayang
walau sedikit
pasti semuanya tidak
menjadi

macam itu jugalah
walau bukan warga yang baik sangat
perlu juga kita tahu
makna sayang pada negara

bila teman encik suami
tonton bola sepak sukan sea
tiba-tiba saya rasa macam nak marah
bukan kerana saya suka sangat bola sepak
tapi gelagat penonton negara lawan
yang tak tahu nak hormat lagu kebangsaan orang lain

kita perlu patriotik
tapi tidaklah perlu kita fanatik!
sehingga kita fasik
dan tak hormati orang lain

mungkin itu sajalah takat jiwa mereka
akhlaq mereka
sedih bukan?
kita kan serumpun...
macam tu rupanya rumpun nusantara

bagus bersukan
tapi tak usahlah bermati berbunuhan
bersentimen tinggi yang tidak membina

tapi syabas Malaysia!
saya bangga dengan anda
Budi bahasa budaya kita

Malaysia Boleh!

p/s: mode excited bola =)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..