Pensyarah Tiada Kredibiliti?


terasa sangat tercabar tatkala menjamah berita di suratkhabar. perihal individu bergelar pensyarah yang telah mencalar kredibiliti kerjaya sebagai pensyarah. ada patut pensyarah cabul dan rogol pelajar? gelisah bercampur geram!memang laknat punya manusia, hati saya menyumpah!ini sudah kira krisis moral!

pensyarah adalah karier saya sejak hampir sepuluh tahun lalu dan saya pasti akan melaluinya untuk sepuluh tahun akan datang jika panjang umur. sangat teruja dan seronok sebab memang cita-cita nak jadi pensyarah sejak kecil. saya terima amanah untuk mendidik (justeru tak kisah jika disamakan dengan karier keguruan kerana naturenya yang memang persis). saya suka berdepan dengan pelajar yang rata-ratanya adalah remaja, belia dan dewasa. berurusan dengan mereka dalam proses Pengajaran & Pembelajaran (P&P) adalah kegemaran saya, bukan sahaja mereka banyak kerenah, tapi ini memberikan pengajaran dan membina kematangan saya sabagai individu. saya profesional walau memang ada pelajar yang ambil jalan pintas, jalan kotor untuk lulus, tak kira ada yang sanggup pikat pensyarah (walau saya dah berkahwin dan ada anak), justeru saya memang berhati-hati bila berurusan dengan pelajar kerana walau macamana pun keterujaan kita sebagai pensyarah, pasti ada batas!

bila terbaca ada pensyarah (saya pasti lelakilah) yang mengambil kesempatan kepada pelajar perempuan, macam-macam menerjah minda. kemungkinan tetap ada jika diberi pertimbangan pada situasi saya ceritakan tadi. digoda dan menggoda serta tergoda, pasti ada. sebab tu saya selalu secara peribadi berpesan kepada pelajar dan diri sendiri supaya menjaga adab!

saya menyimpulkan yang pensyarah jijik ini terdesak dan dari golongan accidental lecturer dimana beliau mungkin secara tidak sengaja terjebak dengan dunia pensyarah, dia tidak minit mengajar justeru tindakannya menjurus kepada aksi tidak sayang nyawa!

to play safe, teringat pula insiden kanak-kanak dilanggar di China yang diabaikan oleh orang awam!itulah saya kata, ini adalah krisis moral global. sebab itu sebelum ni ada headline guru, ustaz, majikan dan macam-macam lagi accidental individual yang membuat perkara jijik. mereka ini terjebak dengan kerjaya salah dan tidak manfaatkan malah menggunakan nafsu dalam bertindak. mereka ni memalukan!

tidak menjurus kepada aksi rogol dan seumpamanya, ada juga pensyarah atau saya gelar accidental lecturer (pensyarah tidak sengaja/menjadi pensyarah secara tidak sengaja) yang sebenarnya berjiwa macam-macam. ada yang berjiwa pendidik, alhamdulillah, tapi jika berjiwa bisness, dia cenderung berniaga dari mengajar!sebab tu tempat kerja jadi pasar!ada saranan para akademia supaya insan sebegini, jika tidak minat mengajar, sila berhenti!sadis bukan?tapi saya sokong!bukan nak cakap bagus, saya sendiri yang minat bidang ini pun selalu improvise minat dan skill untuk terus stand supaya kerjaya saya ni menyumbang dan tidak menumbang!

betullah, insan-insan berkerjaya terpilih, jadilah diri sendiri yang ada kualiti, supaya hidup kita ini ada kredibiliti dan ramai dapat manfaat darinya. sebab kita di sini sekejap saja, pasti juga jangan lupa, DIA ada di sana, melihat dan mengadili kita!justeru, ini bukan sahaja soal kredibiliti tapi juga akauntabiliti!

berakauntabilitilah kita denganNya!hidup pasti jaya!amin!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..