Panas rangup, sejuk lembut


Bila musim hujan ni, apa yang selalu diingat ialah goreng pisang panas. Bila hujan perut tiba-tiba jadi lapar, mulut pula rasa macam nak mengunyah sesuatu! Iman pula time hujan ni, step in je kereta dari sekolah, terus cakap..kakak lapar la mama, mama boleh tak tolong belikan goreng pisang? Ayat yang bab TOLONG tu yang rasa tak sampai hati tu…

Dalam hujan ni. Calang-calang jiwa, malas dah nak drop by tepi jalan nak beli pape, tapi anak punya pasal, stop je kereta, keluar je tanpa payung, goreng pisng RM3! Lama tak nampak, kata kakak jual goreng pisang, ada…..balas saya, saya ikut highway selalunya kak.

Banyak-banyak gerai goreng pisang selain goreng pisang beratur dekat rumah bonda mertua di seksyen 19 Shah Alam, goreng pisang sini yang saya suka. Sebab bila panas, ianya rangup, tapi bila sejuk pun, tak usah risau, ia lembut…pisangnya pun manis..tak pekena kopi pun tak mengapa…

Usai drive ke rumah, goreng pisang sedap RM3 selamat kami 3 beranak habiskan, dan kenyanglah 2 orang anak dara kelaparan tu.

sedap goreng pisang ni mama, kata Iman, macam yang mama gorang di rumah. waaah, walau basah kuyup redah hujan beli goreng pisang, sejuk hati dengarIman kata gitu (dia memang mulut manis, hakikatnya, berapa kali sangat mamanya goreng pisang di rumah..huuuu)

Saya kira, kalau boleh diambil falsafah goreng pisang ni bagus juga. Iyelah, biasanya goreng pisang dimakan panas, tapi goreng pisang ni sejuk pun sedap. Bab kata orang biarlah serve the purpose, kan? Jadi, apa pun keadaannya, panas atau sejuk, tatap jadi rebutan dan idaman.

haaaa dalam maknanya tuh…

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..