Kita Dah Hilang Rasa


Saya kira hari ini dilalui seperti biasa
dalam hidup kota yang objektif dan abstrak seninya
rasa macam nak imbau lakonan P Ramlee
yang berikan garam pada bapa mertuanya sebagai hadiah simbolik
bagus jugak kan
ibaratnya, makanan tanpa garam
pasti tawar, tak sedap!

itu kes bilamana kita masih boleh merasai garam
apa jadi bila deria rasa kita dah hilang?
tidak boleh merasa apa-apa lagi?
begitu saya analogikan kita bila di jalanraya
sungguh tiada rasa!
tiada rasa hormat
tiada rasa tanggungjawab
tiada sivik
dan tiada rasa apa-apa

dan saya tidak rasa selamat
bukan nak kata saya pemandu bagus
juga skema
tapi saya ada rasa bila di jalanraya

ada tulisan sahabat dan ustaz Pahrol tentang
rupa sebenar kita di jalanraya
saya setuju tanpa bantahan

saya kira kita ramai yang dah jadi blur
sadis..dah macam zombi
tak ada perasaan

nak saya cerita
apa spec rasa saya bila memandu
jika anda ada rasa
pasti terasa

tidak signal
potong sayur
langgar lampu
cucuk pemandu
hon sesuka hati
pandu terlalu perlahan
parking ikut suka hati
blok kereta orang
tanpa rasa bersalah
bila org tegur baik
balas dengan maki caci
dah macam samseng!
pulak tu lelaki / wanita
sama saja

saya bukan polis trafik
tapi jika kita masih ada rasa
masakan kita jadi semua di atas?
dan jika kita mangsanya
apa kita rasa?
agak-agak boleh tak
kita mulakan buat sesuatu dengan hanya
..berfikir dulu
paling tidak untuk diri sendiri!

fikirlah!
rasalah!

rasa macam nak hadiah je garam
pada pemandu kita
bawa garam banyak-banyak
lepas tu hadiahekan pada mereka yang tiada rasa

jadi tiadalah masalah kurang garam
kurang asam
..juga kurang ajar! (dengan izin)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..