Kisah Ketam Masak Pedas


sudah jadi budaya kami sekeluarga open table sesekali berjumpa
kami set timing awal
solat on the way di masjid Keling
terus pergi ke Restoran bamboo di Kuah, tutup

pergi pula ke Restoran Wan Thai
kata orang best,,
bila abah jengah saja ke dalam Restoran..
ramai mat salleh dengan Cina katanya
pasti abah maksudkan ialah kesahihan status halal restoran ni
halal la abah kata Kami (adik bongsu membahasakan dirinya kami)

tak yakin dan tak masuk restoran
terus kami ke Restoran nelayan di Bukit Malut
memang selalu kami ke sana
tapi...servis slow sikit..kadang-kadang banyak
yang membuatkan kami macam tawar hati
memandangkan dah takde choice
Tawakkal jelah..

alhamdulillah kami sampai awal
dan dapat order serta makan awal

seperti biasa kami pilih seafood di belakang
ada kaunter pameran
ikan 2 ekor
bakar dan masak 3 rasa
sotong goreng tepung

saya dan encik suami angkat 5 ekor ketam
masak apa ya?
saya beri pada adik yang ambil order sambil sebut
..masak pedas ye
saya maksudkan ketam goreng cili pedas

bila semua hidangan sampai di meja
dan tiba giliran ketam..
kenapa serve dalam mangkuk?
oh rupanya ketam tadi dimasak..
ASAM PEDAS!

tak pernah dibuat orang
adik tadi tersalah dengar order saya tak
saya tak pulangkan order
walau bonda, abah, adik-adik semua dah bising
cakap saya salah order
ok, mungkinlah..

ada adinda yang minta dipulanglan saja asam pedas ketam tu
tak sampai hati pula saya
lagipun...
ketam masak pedas ok apa..
serius, bila saya try, memang sedap!

yang sokong saya ialah encik suami
terima kasih sayang
bantu hamba yang serba salah ini

sebelum-sebelum ni banyak dah saya order
masak pedas jugalah saya sebut
mungkin lepas ni saya perlu lebih spesifik
masak ketam goreng pedas/cili

last-last i speak to the table
sekarang ni..
ikutlah resepi rasulullah
kalau suka,,, makan
kalau tak suka, jamahlah sikit
walau nampak kepala adinda yang sorang tu dah berasap!
alahai, pasal makan pun nak marah-marah
cool la bro!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..