Hijrah dan Iqra'


kenapa baju adik basah kuyup ni?
tanya mama kepada Surayya 3 tahun
dahla tu..sebelah kanan je
kuyup pulak tu

adik nak solatlah
jawab surayya..
lantas saya dan encik suami tergelak tidak terkata

ini hadiah comel Hijrah tahun ni
Surayya angkat Wudhuk rupanya
comel sangat!

usai saya beli comforter awal tahun Hijrah
ringan mulut saya ucap
selamat tahun baru!

eeh belum lagi kak
lambat lagi!
eh,,tahun baru Hijrah la
saya balas
eh...ye ke?
tak perasan saya

tipu kalau saya rasa tak sedih
tak terlintas pun nak tunjuk islamik
time wish new year tadi
tapi jawapan sale girl itu memang buat saya tersentak
memang itulah tahap kepekaan kita pada Islam....

Wallahu a'lam


SALAM MA'AL HIJRAH 1433H/2011M

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Tiada hijrah selepas al-Fath (pembukaan Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah utk berjuang, segeralah menyahutnya." - H.R. al-Bukhari dan Muslim.


"Orang yang berjihad adalah orang yang melawan hawa nafsunya." - H.R at-Tirmidzi.


http://nurulhuda72.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..