Gelang Getah Rambut pun Bahaya!


bila ada anak-anak kecil
seharusnya super duper extra attention perlu diberikan
kepada aspek keselamatan dan kesihatan mereka
kerana faktor usia dan fizikal mereka yang kecil
mereka selalu terdedah kepada bahaya

encik suami selalu berpesan pada Iman dan Surayya
"benda bukan mainan jangan main"
sebab mereka suka main benda bukan-bukan
plastik, sudu, penapis santan, buku, remote astro (to mention a few)

4 pagi tadi Surayya telah buat kami panik
mama temanla adik tidur
rayu aya seperti biasa
saya temankan dia
tapi tidurnya tak lena seperti biasa

sekejap bangun
menangis
saya bagi susu tak nak
tanya adik sakit ke
dia diam
sampai saya pun dah macam nak marah!

time saya letak Vick pada badan
depan dan belakang
kaki dan tangan
Ya Allah
tangan kanan aya kembung!sejuk dan biru!

rupanya gelang getah rambut terikat kuat
di pergelangan tangan kanan aya
melompat saya bangun dan menjerit
encik suami yang lena tidur pun terbangun

saya cepat-cepat rentap getah tu
tanpa berfikir panjang
dan confirm ia buat aya menangis dek kesakitan

sambil encik suami urut biar ada aliran darah
sambil tangan aya dah besar 2 kali ganda
tapi sikit je menangisnya
sebab aya memang jenis tough!
saya yang menangis dek kerisauan

subuh baru dapat tahu dari Iman
yang aya memang ada main gelang getah
semasa di rumah pengasuh lagi..
aduhai ..
saya sendiri pun tak perasan
bila jemput aya pulang
dan mandikan dia lewat maghrib semalam

Alhamduillah
saya patut lebih alert lepas ni
macam mana nak kata?
anda faham apa yang saya cuba katakan????

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..