...Boleh ambil masa, tapi jangan terlalu lama!


Tak baik ila buat orang tertunggu-tunggu

Kata Kak Nor pada Ila pada suatu petang

Bukan sahaja kenal lama

Bahkan Kak Nor adalah bagai mentor bagi ila

Dalam segenap hal

Kak Nor matang

Banyak pengalaman

Tapi sangat penyayang dan prihatin

Muda memang sekali

Tapi kita tak selalunya muda Ila

Kata Kak Nor lagi

Apa yang Ila fikir?

Kak Nor cuba menerobos hati dalam Ila

Sambil menangis

Ila menjawab..Ila harap masa ini akan membeku atau tertangguh

Kenapa semua perkara ni datang pada masa yang sama?

Menunggu jawapan si dia A yang entah kapan bila jawapannya

Dan membiar pula si dia B menunggu jawapanmu?

Tegas Kak Nor

Ila dah patut bijak menilai siapa siapa dalam hal ni (whos who maksud kak Nor)

Kak Nor membiarkan Ila berfikir sendiri

Ila perlu hentikan dan selesaikan semua ini

Bukan hanya mengaharap faktor masa itu memihak pada Ila

Masa tak menunggu kita ila

Kata Kak Nor

Sehingga kini

Salalu Ila terngiang-ngiang kata kak Nor yang keramat

Dan menyentap jiwa

lantas membuka ruang vacum jiwa yang terawang-awang

Ila dah buat keputusan segera

Alhamdulillah, keputusan itu bukan saja tepat malah tepat pada masanya

Ila akan selalu ingat kata Kak Nor

Kita boleh ambil masa, tapi jangan terlalu lama!

Nukilan nostalgia Ila

Kredit untuk kak Nor, terima kasih…

Moral:

Dalam apa saja urusan kita, Perlukah kita tunggu hingga esok? Sedang saat ini kita boleh mulakan!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..