The Angry Birds : How angry I am!



sungguh manusia ini pelik
boleh saja suka katak (frog)
tapi lebih suka katak gila (crazy frog)
boleh saja suka burung (bird)
tapi lebih suka burung marah (angry bird)
benda pelik-pelik dia suka
benda biaseje tak kisah
11-11-11 pun rasa takjub
celebrate sakan
takjubkah kita pada Pencipta semua itu?
haishhhhh....

anak-anak juga amat teruja dengan angry birds
semua baju, seluar beg ada angry birds
sehingga ada sahabat yang mencari beg Dora susah berjumpa
dek semua items tertera angry birds sahaja!

teruja seluar angry birds anak-anak
saya beli (yang klon punya)
sukahati Iman dan Surayya
sehingga belum kering di jemuran
mahu terus dipakai saja

memang semalam seluar angry birds itu
telah buat saya marah
bila namanya pun dah klon
bila masuk mesin
semua baju (kebetulan tidak diasingkan)
telah jadi biru..
dan buat mama jadi angry mama!
alahai...

moral: kalau ye pun beli klon, fikir-fikir dan agak-agaklah sebelum bertindak

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..