Alahai Student....


bukan tak pernah jadi student
bukan juga nak perasan bagus
tapi pernah juga muda
dan pernah melalui fasa kehidupan student yang sama
bendanya tetap sama
study dan kehidupan kampus

tapi boleh dikatakan
student muda mudi sekarang tidak matang!
fizikal tidak menggambarkan minda mereka
gopoh dan cetek pengetahuan
common sense pun lemah
mungkin terlalu manja atau dimanjakan?

bila berkomunikasi
kita terpaksa turun supaya dapat tiba ke tahap mereka
kelakarnya..
tahu pula marah jika pensyarah mula bersuara
kata mereka
umpama dilayan seperti kelas ke 3
tergelak saya membaca...
sedar diri pulak

aduhai student
tindakan anda bersuara
telah letakkan diri anda di mana
takkan guru kurang dari murid?
logiklah sikit
siapa lebih makan garam
siapa lebih perlu dihormat
jika ditegur pun
pasti sebab sayang..
bukan sebab marah..
atau nak tunjuk bagus..

alahai...
teringat pantun yang ditulis
di dinding sekolah saya dulu sebagai mural

berburu di padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

p/s: saya kira, perlu ada juga mural sebegini di universiti, tapi ada ke yang faham akan maksudnya????

Comments

  1. terbaek!

    sis,skrg kita tpaksa mmbaca isu gen X dan gen Y persamaan dan perbezaannya.Sekarang kita kena kerja dgn bijaksana utk tackle students mind n soul huhuhu...Teringat pesan Saidina Umar,

    "Didiklah anak2 kamu sesuai dgn zaman mereka".

    Mural tu tampal kat depan bilik kita pun ok:)-

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..