Aidiladha Langkawi & Ketupat Sotong


Aidil Adha di Langkawi

Selain kerabu beronok, apa specialty Langkawi?

Dalam kes raya takkanlah nak makan kerabu beronok pulak

Mesti ada yang tertanya-tanya

Langkawi sebagai pulau, memang ada specialty nya

Macam tempat-tempat lain juga

Bila sebut raya ni

Pasti mengundang nostalgia dan kesyahduan

Di Langkawi, kami masih buat ketupat palas pulut

Cecah kari daging

Jarang makan lemang berteman rendang


Masakan lain yang special ialah tapai pulut

Kalau tak dibalut dengan daun keladi, pasti daun pisang, daun ketapang

Di tempat lain ada menggunakan daun koko, daun buluh, daun getah dan daunan yang terdapat di situ

Tahun ni kami balut tapai dengan daun angin balik

Rasanya daun ni hanya terdapat di kawasan dekat pantai atau juga paya

Hidangan sepecial lain raya ialah laksa!

Yang special, bonda buat kuah laksa dengan ikan kerapu!

Jangan tiru aksi ini di rumah sebab bonda pancing kerapu sendiri

Tapi laksa kuah kerapu ni memang special, manis betul kuahnya!

Satu lagi juadah special ialah ketupat sotong

Walau ada tempat lain buat ketupat sotong

Ini resepi ketupat sotong bonda style

Sotong segar dibersihkan

Beras pulut dibersih dan ditoskan

Masukkan ¼ beras pulut dalam sotong

Sumbatkan kepalanya

Cucuk dengan lidi satay

Rebus dalam santan pekat + pandan + serai + garam + secubit gula

Rebus hingga santan surut

Boleh dihidangkan…

Pergh….terangkat!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..