aduhai anak...


Sambil lunch dengan kawan-kawan yang beranak 3 dan baru kawin. saya beranak 2 dan dalam kategori masih kecil. fokus ceritanya bermula dengan cerita jururawat jumpa baby dalam beg yang bergerak-gerak depan klinik. sungguh kesian kata akawan saya yang masih mencuba untuk dapatkan zuriat. yang mencuba belum ada rezeki, yang diberi rezeki buang saja sesuka hati. sungguh manusia ini meyedihkan , keluh kawan saya nan satu.

betul sambung kawan saya beranak 3. nak mendidik anak pulak tu sekarang bukan senang. dengan persekitaran yang sungguh mencabar. tambah-tambah yang anak perempuan. saya angguk setuju yang kebetulan anak saya pun 2-2 perempuan!saya kongsi cerita pada mereka yang saya terpaksa perhatikan anak saya Iman, 5 tahun bermain dengan sepupunya lelaki 6 tahun. takut bila merpeka bermain tidur-tidur ada pula yang lain cerita. maklumlah, budak sekarang. anak kawan saya pun katanya diperhatikan juga contact mereka dengan kawan seusia atau lebih tua atau dengan lelaki dewasa!walaupun dengan ayah dan ahli keluarga sendiri. kata kawan saya, kita kena beringat. batas-batas hubungan, sentuhan, percakapan telah diajar seawal usia 3 tahun!

saya akui, banyak benda dengan anak perempuan ini. banayak benda kena jaga. sebab tu ada yanga kata jaga pudak perempuan lebih susah dari jaga budak lelaki. . .

kami terdiam seketika di meja makan, bila langkah di atau pulang, isu perbincangan mengikut kami bersama. walau terdiam, kami sebenarnya berfikir, berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan, melindungi anak-anak dan keluarga kami daripada sebarang kecelakaan....amin

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..