Posts

Showing posts from November, 2011

PRU 13 Luar Biasa!

Image
KUALA LUMPUR 1 Dis. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)akan diadakan tidak lama lagi. Najib, yang juga Presiden UMNO dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya ‘merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita’ bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang."Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba."Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti,” katanya sambil melaungkan Hidup UMNO yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lepas mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang. Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian …

Kita Dah Hilang Rasa

Image
Saya kira hari ini dilalui seperti biasa
dalam hidup kota yang objektif dan abstrak seninya
rasa macam nak imbau lakonan P Ramlee
yang berikan garam pada bapa mertuanya sebagai hadiah simbolik
bagus jugak kan
ibaratnya, makanan tanpa garam
pasti tawar, tak sedap!

itu kes bilamana kita masih boleh merasai garam
apa jadi bila deria rasa kita dah hilang?
tidak boleh merasa apa-apa lagi?
begitu saya analogikan kita bila di jalanraya
sungguh tiada rasa!
tiada rasa hormat
tiada rasa tanggungjawab
tiada sivik
dan tiada rasa apa-apa

dan saya tidak rasa selamat
bukan nak kata saya pemandu bagus
juga skema
tapi saya ada rasa bila di jalanraya

ada tulisan sahabat dan ustaz Pahrol tentang
rupa sebenar kita di jalanraya
saya setuju tanpa bantahan

saya kira kita ramai yang dah jadi blur
sadis..dah macam zombi
tak ada perasaan

nak saya cerita
apa spec rasa saya bila memandu
jika anda ada rasa
pasti terasa

tidak signal
potong sayur
langgar lampu
cucuk pemandu
hon sesuka hati
pandu terlalu perlahan
parking ikut suka hati
blok kereta oran…

Setiap itu ada Matematiknya

Image

Analogi Cinta: Kenapa Mama Marah Adik?!

Image

Villa Kesayangan untuk semua di Langkawi

Image
Langkawi Blaque Villa Floor Plan of 2 units; Aisyah and Asma

berkat doa semua, Blaque Villa di Langkawi telah menjadi kenyataan.
jika anda ingin ke Langkawi, silalah bertandang...

Langkawi Blaque Villa Homestay
(pronoun as Belak Villa)

A Villa You Can Call A HOME (MYR150)



located at Kampung Belak, Kedawang Langkawi Villa concept of living
2 suite-like rooms
2 bathrooms
a spacious living hall
a dining hall facing padi field
a friendly kitchen
spacious car park
an awesome village and padi field view
sorrounded by padi field
Real Langkawi Kampung life yet very..
near to Pantai Chenang,
Langkawi International Airport,
Langkawi International Morac/go kart
Laman Padi

Get your Homestay Villa NOW!
just MYR150

booking & reservation please contact Mr. Razif +6012-310 6096

for more info, please visit our blaquevillalangkawi homestay

Hijrah dan Iqra'

Image
kenapa baju adik basah kuyup ni?
tanya mama kepada Surayya 3 tahun
dahla tu..sebelah kanan je
kuyup pulak tu

adik nak solatlah
jawab surayya..
lantas saya dan encik suami tergelak tidak terkata

ini hadiah comel Hijrah tahun ni
Surayya angkat Wudhuk rupanya
comel sangat!

usai saya beli comforter awal tahun Hijrah
ringan mulut saya ucap
selamat tahun baru!

eeh belum lagi kak
lambat lagi!
eh,,tahun baru Hijrah la
saya balas
eh...ye ke?
tak perasan saya

tipu kalau saya rasa tak sedih
tak terlintas pun nak tunjuk islamik
time wish new year tadi
tapi jawapan sale girl itu memang buat saya tersentak
memang itulah tahap kepekaan kita pada Islam....

Wallahu a'lam


SALAM MA'AL HIJRAH 1433H/2011M

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;

"Tiada hijrah selepas al-Fath (pembukaan Makkah) tetapi yang ada hanya jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah utk berjuang, segeralah menyahutnya." - H.R. al-Bukhari dan Muslim.


"Orang yang berjihad adalah orang yang melawan hawa nafsunya." - H.R at-Tirmidzi.

http:…

Salam Maal Hijrah : Doa Akhir / awal Tahun

Image
kita akan melangkah ke tahun baharu hijrah. Aku kongsikan Doa Akhir tahun dan Doa Awal Tahun Hijrah untuk di baca petang esok. Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…Doa Akhir Tahun. Dibaca 3 kali pada penghujung waktu Asar, sebelum masuk waktu Maghrib.
Doa Awal Tahun. Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Sumber : Mutiara Hikmah

Konvo KUIS ke 14

Image
ini adalah tanggungjawab sosial sebagai warga KUIS yang disayangi
KUIS sedang mengadakan Konvokesyen buat kali ke 14
Istiadat konvokesyen akan berlangsung esok, 26 November 2011
manakala bermula 24 November-28 November, ekspo dan festivalnya memberikan kemeriahan

pasti konvo KUIS memberikan kelainan
pada konsep Biah Islamiahnya
contoh program dijalankan seperti kembara buku, diskusi hijrah, tour de masjid, Dhuha Talk, perrtandingan nasyid dan konsert nasyid sebagai kemuncak

tahniah kepada para graduan
para ilmuan
dan seluruh warga
moga bertambah ilmu bertambahlah Iman

syabas KUIS!
Pemangkin Tradisi Ilmu

Alahai Student....

Image
bukan tak pernah jadi student
bukan juga nak perasan bagus
tapi pernah juga muda
dan pernah melalui fasa kehidupan student yang sama
bendanya tetap sama
study dan kehidupan kampus

tapi boleh dikatakan
student muda mudi sekarang tidak matang!
fizikal tidak menggambarkan minda mereka
gopoh dan cetek pengetahuan
common sense pun lemah
mungkin terlalu manja atau dimanjakan?

bila berkomunikasi
kita terpaksa turun supaya dapat tiba ke tahap mereka
kelakarnya..
tahu pula marah jika pensyarah mula bersuara
kata mereka
umpama dilayan seperti kelas ke 3
tergelak saya membaca...
sedar diri pulak

aduhai student
tindakan anda bersuara
telah letakkan diri anda di mana
takkan guru kurang dari murid?
logiklah sikit
siapa lebih makan garam
siapa lebih perlu dihormat
jika ditegur pun
pasti sebab sayang..
bukan sebab marah..
atau nak tunjuk bagus..

alahai...
teringat pantun yang ditulis
di dinding sekolah saya dulu sebagai mural

berburu di padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi

p/s: saya k…

Panas rangup, sejuk lembut

Image

Gelang Getah Rambut pun Bahaya!

Image
bila ada anak-anak kecil
seharusnya super duper extra attention perlu diberikan
kepada aspek keselamatan dan kesihatan mereka
kerana faktor usia dan fizikal mereka yang kecil
mereka selalu terdedah kepada bahaya

encik suami selalu berpesan pada Iman dan Surayya
"benda bukan mainan jangan main"
sebab mereka suka main benda bukan-bukan
plastik, sudu, penapis santan, buku, remote astro (to mention a few)

4 pagi tadi Surayya telah buat kami panik
mama temanla adik tidur
rayu aya seperti biasa
saya temankan dia
tapi tidurnya tak lena seperti biasa

sekejap bangun
menangis
saya bagi susu tak nak
tanya adik sakit ke
dia diam
sampai saya pun dah macam nak marah!

time saya letak Vick pada badan
depan dan belakang
kaki dan tangan
Ya Allah
tangan kanan aya kembung!sejuk dan biru!

rupanya gelang getah rambut terikat kuat
di pergelangan tangan kanan aya
melompat saya bangun dan menjerit
encik suami yang lena tidur pun terbangun

saya cepat-cepat rentap getah tu
tanpa berfikir panjang
dan confirm ia buat aya menangis dek…

...Boleh ambil masa, tapi jangan terlalu lama!

Image