Ustazah Solehah Pilihan : Tanyalah ustazah!

gambar sekadar hiasan

Ada yang bertanyakan pendapat tentang kesesuaian program ini. Secara jujurnya, saya tidak merasa senang dengan kewujudan program ini. Dalam masa yang sama, saya tidak menafikan peranan muslimah sebagai sayap kiri perjuangan dalam memperkembangkan dakwah Islam, namun ruangnya tidak seluas seperti kaum muslimin. Ada batas yang perlu dijaga, ada fitnah yang perlu dihindarkan.

Apa yang pasti ia tidak dapat lari dari menonjolkan peribadi dan personaliti muslimah secara terbuka, memperagakan diri menjadi tontonan umum serta mempamerkan tabarruj, fesyen dan kecantikan.

Penonton-penonton terutamanya lelaki akan lebih memperkatakan tentang kelembutan dan kecantikan peserta dalam Ustazah Pilihan sebagaimana gadis-gadis remaja duk memuja kekacakan Imam-Imam Muda tanpa mengambil intipati berfaedah dari program tersebut.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita-wanita... (Surah al-Imran, ayat 14)

Islam amat menjaga kehormatan dan darjat seorang muslimah kerana kedudukan mereka yang mulia di sisi agama. Ingatlah saudara-saudariku, kadang-kadang manusia rakus melakukan apa sahaja demi mencapai populariti, kemahsyuran, kekayaan dan pulangan lumayan sehingga menjadikan agama sebagai percaturan.

Saya yakin ustazah pilihan yang benar-benar pandai menilai dan memilih tidak sesekali akan menyertai program ini kerana mereka memahami erti sebenar kehormatan muslimah sejati dan tuntutan agama itu sendiri. Sematkanlah dalam dada sabda Rasulullah SAW :

” Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki

daripada (fitnah) wanita.”

[ Hadis Riwayat Bukhari]

http://ummuammar76.blogspot.com/2011/06/ustazah-pilihan.html

Comments

  1. Siapa kita untuk menilai layak atau tidak digelar ustazah pilihan...dan layakkah kita menilai sedangkan kita juga masih dinilai dimana kita setelah mati nanti..dimana yang dikatakan didik insan terdididk generasi itu..

    ReplyDelete
  2. Rose saya juga kurang setuju bila program ini diperkenalkan....

    ReplyDelete
  3. ye k.n, terasa sayat dan seriau sangat bila tonton program ni. terasa semacam dibelek2 dan entahlah, mungkin sebab muslimah,,banyak yg perlu dijaga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..