A Trip To Remember


dapat tahu yang 30 hb ada program
tarikh dah di block
hingga ada jemputan lain pun terpaksa ditidak hadirkan diri
dan dimaklumkan ketidakhadiran dengan baik

demi program 30hb itu
29hb sudah check in
walau yang lain dah sampai lebih awal
kami tiba lambat sikit
ada satu jemputan yang perlu juga hadir sebelum itu

barang-barang bekalan ada 2-3 beg
termasuk bekalan pot luck dijanji
kami bawa dessert dan buahan

percutian yang sungguh merehatkan
berbual-bual, ketawa riang
anak-anak gembira main pasir pantai, mandi pool
sampai kecut!

bbq malamnya
makan sampai koma!
tidur sebelum subuh
tidak mahu terlelap
dek seronok yang memuncak
walau dah sampai rumah
un-pack semua barang
kepuasan masih terasa walau keletihan

seronoknya bercuti
pemandangan cantik
damainya hati
pasir putih pantai
laut yang berkaca
angin laut yang menyapa
indahnya dunia

macam mana agaknya indah syurga ya?
pasti tidak terjangka
cuti sementara ini pun
sudah damai sangat rasanya

emmm macam nilah kita
dalam mengejar syurga
bukankah kita sudah dimaklum
tentang wujudnya percutian syurga
bukankah kita pun sudah boleh pack barang bekalan di dunia
bukankah begitu?

ahh indahnya percutian syurga
bersedialah kita
untuk percutian yang tiada penghujungnya....
semuanya akan jadi milik kita
jadi jom book tempat kita
block semua urusan dunia
demi percutian syurga,,,,,,,

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..