Terkadang Kurasa Seperti Melukut


Melukut adalah bahan serpihan beras
yang dikata orang tua-tua
seperti Melukut ditepi gantang
ingatkan melukut tu kata kerja
rupanya kata nama

ingatkan perbuatan macam menempelkan diri
ditepi gantang beras
rupanya melukut tu benda
yang kecil, serpih beras
yang tiada kualiti
sudah tu, bukan ada didalam gantang (tempat simpan beras)
tapi di tepi saja
maknanya..
keadaan di mana bagai antara tidak diterima, tidak juga dibuang
jadilah macam menempel tanpa peranan

itulah yang kurasakan saat ini
aaah ini dah kes berat
layan hati mati

dulu masa sekolah
sibuk suruh belajar pandai
dah masuk universiti
ada yang tanya
ambil kos (course/bidang) apa?
Sosiologi kata saya
nak kerja apa ya nanti?
apa jenis soalan la macam tu
optimis lah sikit
cakapla bagus, ucap selamat majujaya ke
pemikiran betullah!

bila dah nak habis phD
pun masih ada yang tanya
bidang you ni apa kepakarannya?
What a STUPID question!
ke sebab anda jelous?
memang langsung tak fikir perasaan orang

dalam dunia ni
ilmu Allah itu maha luas
takde seorang pun yang pakar dalam semua hal
sebab tu PhD pun ada specialization nya
itu pun bukan bermakna PhD tu dah kira pandai segala hal

pakat-pakatlah kita saling melengkapi
dengan ilmu yang masing-masing ada
kenapa kita perlu selektif dan double standard!?

Ya Allah
ikhlaskanlah hatiku
menimba ilmu
keranaMu
ku yakin
ilmu pemberianmu ini pasti
ada manfaatnya
jika tidak hari ini
pasti hari esok
dan pasti di akhirat kelak
ia akan menjadi pendampingku
amin ya Allah

wasiat Rasulullah ini meredakan amarah
oh manusia
sesungguhnya banyak lagi yang engkau tidak mengetahui!

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


subhanAllah....



Comments

  1. salam. walaupun wujudnya sekadar melukut, ia tetap memberi manfaat kepada ahli fikir. wujudnya memberi ilham kepada ahli firasat untuk membuat analogi perbandingan.. sesuatu yang ringin, tidak bernilai, dibiarkan, tidak dihiraukan, itulah sifat melukut... jika begitu sifatnya, handaknya janganlah kita menjadi melukut dalam pandangan Allah... amin.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Dalam pendidikan(so sorry too academic),ilmu itu terbahagi kepada 4 jenis utama.Ilmu fadhu 'ain, ilmu fardhu kifayah, ilmu harus dan ilmu yang tidak bermanfaat(contoh sihir, teknik merompak etc).

    Walau di manapun bidang ilmu kita,akhirnya terangkat menjadi ibadah.Mudah kata,benda kalau asalnya fardhu ain, tetapi jika tidak dibuat dgn baik boleh menjadi dosa.Perkara kalau asalnya fardhu kifayah atau harus dilaksana dengan baik diangkat nilai ibadah,berbalik kepada niat...

    Usah biar diri kita melukut di tepian gantang duniawi.Kerana pengakhirannya kita adalah dilihat dari pandangan Allah jua....salam kasih sayang:Walau saya pernah mengambil ilmu wahyu tetapi saya bukann Jibril hehehe

    ReplyDelete
  3. salam akhie wa ukhtie
    alhamdulillah, inilah nikmat ukhwah
    akan tenteram kala musibah
    saya akur, diri ini lemah
    mohon doakan semangat bertambah
    ya, jangan kiranya kita melukut
    di pandangan Allah!nauzubillah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..