SIR Sayang..(Say It Right)


Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita,
jawablah, “sekarang!”
Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu
atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.”
Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini. Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira,
tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu.
Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu.
Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu.
Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..