Siapa Di Wallpaper mu?


note: this article is from my personal point of view. its may vary to others.

bab meletak gambar di wallpaper
rata-rata kita akan letak gambar yang kita suka
saya suka letak gambar personal
let say di hand phone
screen saver saya letak gambar dua puteri kesayangan
di wallpaper, saya letak gambar kawin dengan encik suami

tak kisah jika anda ada selera masing-masing
tapi agak biasa saya nampak kawan-kawan perempuan saya
buat perkara yang sama
kalau nak tahu kenapa
pasti anda tahu kenapa
mungkin sebab-sebab peribadi
iyelah, kesayanganlah katakan


bila belek komputer, laptop hatta handphone encik suami
jarang saya tengok dia letak gambar personal
iyelah, profesional lah katakan
di pejabat encik suami pun
saya yang pandai-pandai letak gambar kawin kami
heeee
maklumlah, dia jenis yang bukan romantik-romantik ni

perempuan macam saya ni lainlah
semua nak di display
semua nak nampak dimata
semua nak didengar ditelinga
bila elaborate sesuatu
semua nak dicerita
tapi tidak, saya buka materialistik
cuma mungkin sedikit lebih ekspresif
ehemm..

sejak encik suami tukar blackberry,
haa nampaklah wall paper dia letak gambar 2 puteriku itu
biasalah, sayang anak
saya tak berkecil hati
sebab tahu, walau gambar saya tak ada disitu
saya pasti, diri saya ada dalam dirinya.
phewww
bukan perasan ok, cuma kita perlu yakin
dan positif!

memang sejak lama dulu tak pernah tengok gambar saya
di mana-mana paparan
facebook profile?tak mungkin!

semalam, saya terkejut besar!
di wallpaper encik suami ada gambar kami berdua!
berlatarbelakangkan masjid kristal!
tak semenggah pun gambar tu
saya tak usah cerita
dengan tak cantiknya!
dengan tak kurusnya!
dengan semua tak lah!

iyelah, saya pun kalau nak di paparkan gambar
sure pilih yang agak-agaklah
tapi takpe,
mungkin saya kata saya tak cantik
tapi encik suami suka
cantik kan subjektif
tak cantik pun takpe
asal jangan comot!

tak dinafikan..
tika itu
entah kenapa
sungguh!
hati saya berbungga girang!
iyer, terasa sungguh bunga-bunga itu
menguntum dihati
ala pasal gambar ada di wallpaper je pun..

tapi sebenarnya
saya kian sedar
yang cinta mekar yang saya rasakaan seorang
pasti telah dikongsi encik suami!
Indahnya percintaan sebegini!
sungguh manis!

marilah kita terus berkenalan, dan bercinta
dengan encik suami
jika tidak diwallpapernya
pastikan di wall hatinya!
terpatri nama kita
yang cintakannya
dan cintakan redha Allah.

amin!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..