Sayang si Manja Anda? berikan D-Worms!


post kali ini berkaitan si manja dan si comel. tanpa sedar, mereka diancam bahawa cacing! ikut pengalaman mudah, ada ubatan berbentuk sirap, tapi perlu habiskan dalam beberapa tempoh, akhirnya dos tak habis sebab terlupa dan sebagainya.

untuk kemudahan, saya cadangkan D-worms. ia menghapuskan hampir 6 jenis cacing dengan satu dos! lebih mudah ia berbentuk tablet bulat macam gula-gula, 2 biji smarties like shape D-worms, perasa coklat pulak tu!si manja pasti suka..dan mommy pasti gembira sebab ancaman cacing dapat diatasi segera!

Telur cacing masuk ke tubuh menerusi tangan, makanan kotor

PROTOZOA dan cacing adalah dua punca utama penyakit manusia di kebanyakan negara tropika. Ia bukan saja menjejaskan kesihatan berbilion orang malah membunuh jutaan yang lain setiap tahun. Jangkitan cacing misalnya, boleh berlaku pada semua kumpulan usia masyarakat. Bagaimanapun, ia lebih kerap terjadi pada kanak-kanak.

Pada 2006, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jangkitan cacing di seluruh dunia melebihi 1.5 bilion. Pakar Pediatrik, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC) Dr Noor Aziah Shaari, berkata masalah cacing yang tidak dirawat menyebabkan pelbagai komplikasi, antaranya masalah kekurangan darah kerana cacing boleh menghisap darah dalam usus.

"Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus. "Masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung," katanya. Masalah jangkitan cacing bagaimanapun, tidak terhad pada sejenis cacing saja. Jangkitan cacing lain yang kerap berlaku adalah cacing gelang dan cemeti. Menurut WHO, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah jangkitan yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) pula 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.

Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran (Stephenson et al 1998).

"Kalau dilihat kajian tempatan yang dilakukan pada masyarakat luar bandar pula, ada antara 40 hingga 60 peratus kanak-kanak dijangkiti cacing.

"Jangkitan cacing gelang adalah jangkitan yang paling kerap berlaku (50 peratus), diikuti cacing cemeti (40 peratus) dan 10 peratus lagi jangkitan disebabkan cacing kerawit," katanya.
Dr Noor Aziah berkata, masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua.

Bagaimanapun, katanya usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Katanya, jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.

Cacing dan jangkitan

Dr Noor Aziah berkata, cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

"Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan," katanya.
Dr Noor Aziah berkata, larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
"Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Komplikasi:

A) Cacing gelang

Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A – kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
Penghijrahan cacing:

Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.

B) Cacing cemeti

Masalah intussusception (usus tersumbat) menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan 'prolaps rectum' atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.

C) Cacing kerawit

Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Simptom:

Kurang selera makan
Tumbesaran terganggu
Kerap muntah
Sakit perut
Kerap cirit-birit
Pucat
Gatal pada dubur

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..