Penangan Ustaz Don


sahabat saya pasti tersenyum bila baca entri ini
kerana kami akan sama-sama tersenyum
bila di sebut nama ustaz Don
tersenyum atas sebab yang kami sahaja yang tahu
yang penting, pastinya sebab yang positif..pasti!

entri ini bukan nak tumpang populariti
atau publisiti murah
tapi akhir-akir ini saya jadi ikut terkait
bilamana ramai yang menelefon bertanyakan
nombor contact ustaz Don
kenapa jadi PA pulak
mungkin sebab mereka tahu ustaz Don bertugas di KUIS
dan saya pun ditempat yang sama

ustaz Farid Ravi pun selalu orang tanya
sebab dia pun bertugas di KUIS
sahabat baik encik suami semasa di Jordan dulu
dan 2 puteri saya pun ustaz Farid ravi yang tahnik kan
asal dapat membantu menyampai hajat orang yang berkehendak
saya cuba sampaikan, dengan izin empunya badan
maklumlah, bila dah popular
ramai yang cari ye tak

Ustaz Don nampak popular di TV al-Hijrah sejak Ramadhan lalu
ustaz Don ni kira super junior sayalah
adik-adik gitu
first impression, dia ni young, fresh and vibrant (jangan marah ustaz)
bila nampak di TV
terserlah caranya yang cathy
bertenaga, mesra dan up-to date
ada pula elemen drama dan romanticism gitu
berdakwah untuk orang moden
perlu dimodenkan caranya
betul kan..

untuk ustaz Don, tahniah
teruskan usaha Dakwah anda
kerana Sabda Rasulullah..

"Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"

dan Allah berfirman;

Surah Ali Imran: 104

"dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya"



Comments

  1. hehehe...

    Beliau dipanggil ceramah sempena ma'al hijrah di opis suami.Beria2 seorang sahabat suami memperkenalkan ust don kepada suami....Bagusnya ustaz Don tersenyum seraya berkata:"Saya kena syeikh ni dah lama...saya satu opis dgn zaujahnya"...hehehehe...senyum i dengar story tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..