Misteri Kawan Surayya

post hari ini
macam ala misteri sikit

jika anda ada anak-anak kecil
agak biasa jika kedengaran
cerita mereka bermain dan bermain
hingga lewat malam
malah hingga ke pagi

nak kata jet lag, bukan
bila siang sudah jadi nenek kebayan
siang mengantuk, malam berjaga

surayya 3 tahun
jika bermain, memang infiniti!
takde sempadan
main, main dan main

sejak dua menjak
surayya main tahap maksima
kakaknya iman tidur awal
sebab esoknya dia akan bersekolah

kadang abah teman surayya main
stay up memang fitrah abah
kadang abah tidurkan surayya
tapi abah yang tertidur

mama biasalah, bila mengantuk disorong bantal..almaklum
bila pagi, surayya bangun awal
sebab akan join mama hantar kakak ke sekolah
dan surayya dihantar ke pengasuh

mama tanya surayya
malam tadi, kakak tidur awal
adik main dengan siapa?
adik main dengan KAWAN adik la

kawan adik tu duduk mana?
kawan adik duduk jauh sikit
kata surayya yang baru pandai susun ayat

malam tadi surayya tidur lambat lagi
bila pagi ditanya
dia masih jawab
adik main dengan kawan adik..
seram jugak bulu tengkuk saya!

bila terbaca paper, eh sama pulak cerita dengan adik dengan lembaga di atas..
ermmm

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..