Langsing Sihat TANPA senaman!

siapa yang tidak risau
kalau berat badan bertambah
tambah risau bila masalah kesihatan pula mula datang

sesekali jumpa kawan
ada pula yang bersuara
nampak berisi sekarang!
(wanita tak suka ayat ni, tapi yang pelik, sesama wanita yang bersuara!
apa motif agaknya..manusia..manusia--i wont say such statement!tanyalah sihat ke, anak dah berapa ke, phd dah dapat ke...)

seusia berkeluarga
10 kg dah berjaya ditambah
Alhamdulillah
takpe..hidup perlukan perkembangan bukan?
yang penting, capai berat badan ideal
hidup dengan sihat
bukan setakat kurus dan langsing

hidup perlu rasioanal
takkan nak kurus macam model?
sekadar sihat dan ceria, alhamdulillah
bukankah badan cergas, minda cerdas, iman pantas!

artikel pilihan dibawah ada sisi berbeza tentang langsing sihat
nampak macam eco-friendly dan realistik

Langsing TANPA senaman

Untuk menurunkan berat badan kita memerlukan dua perkara iaitu membakar kalori melalui senaman dan melalui pemilihan makan yang betul dan bijak dalam kuantiti yang betul.Secara teorinya anda boleh mengurangkan jumlah kalori dalam badan anda dengan melakukan senaman selama beberapa jam di dalam gim, tetapi itu mungkin tidak akan memberi keseronokan kepada anda dan mungkin akan membuat senaman anda menjadi tidak konsistan. Oleh itu anda perlu mengamalkan 7 perkara berikut.

1. Banyakkan Bergerak

Menurut kajian yang dilakukan di barat, berjalan kaki, lebih banyak berdiri dari duduk, dan banyak bergerak akan membakar kalori sebanyak 350 atau lebih kalori sehari berbanding dengan orang yang hanya duduk. Dengan aktiviti ini anda boleh hilangkan 18kg dalam setahun.

2. Pastikan makan kalori kurang dari 400 setiap hidangan

Dalam banyak kajian, jarak yang betul bagi setiap hidangan dan dalam kuantiti yang sama mampu membuat anda hilang berat badan.Makan makanan pada jarak yang betul dan kuantiti yang betul boleh meningkat kadar pembakaran kalori selepas makan, memberi respon yang baik kepada insulin dan boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Makan pada masa dan kuantiti yang betul juga boleh mengelakkan anda terlebih makan untuk satu hidangan.Pastikan anda makan paling kurang 4 hidangan sehari.

3. Kawal diri anda

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu menaikkan kadar kecekapan anda dalam aktivity harian, contoh: mengemas rumah dengan cepat, berjalan dengan cepat, atau melakukan apa apa saja aktiviti dengan cepat.

4. Minum 8 gelas air sehari

Air bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, tetapi ia adalah alat untuk meningkatkan kadar metabolisme badan. Dalam kajian yang dilakukan di German, meminum air 8 gelas sehari boleh meningkatkan kadar metabolisme badan sebanyak 30% dan efek nya boleh bertahan selama 90 minit dan ianya datang daripada badan anda yang cuba mengubah suhu air itu kepada suhu badan anda dan yang selebihnya datang dari fungsi badan untuk menyerap air itu. Oleh itu minum air yang berais adalah baik untuk menaikkan metabolisme badan. Tetapi perlu diingatkan, minum air berais selepas makan adalah tidak baik.

5. Naik turun tangga

Memilih tangga selain dari menaiki lift adalah senaman yang baik untuk menurunkan berat badan kerana anda akan mengangkat berat badan anda melawan gravity.

6. Mengangkat Barang runcit sebagai dumbell

Membeli barangan runcit untuk keperluan rumah adalah aktiviti yang biasa dilakukan oleh anda. Oleh itu anda pelu mengambil kesempatan ini untuk jadikan ianya satu senaman buat anda untuk membakar kalori dalam badan.

1. Makan 4g fiber dalam setiap hidangan

Anda perlu makan paling kurang 4 hidangan sehari. Dalam 4 hidangan ini, anda perlu sertakan dengan 4g fiber. Fiber mampu membuatkan anda berasa kenyang dengan cepat tanpa menambah kalori. Dalam kajian yang dilakukan, perempuan yang makan kurang dari 13g fiber sehari adalah 5 kali lebih berisiko untuk menjadi overweight.Jumlah yang disarankan ialah 25g sehari. Contoh contoh fiber yang boleh anda ambil ialah buah buahan seperti epal dan brokoli.

Diharap dengan artikel ini dapat membantu anda dalam mencapai berat badan ideal dan menuju tahap kesihatan optimum. Utamakanlah kesihatan dan hiduplah dengat sihat dan ceria. Jangan lupa bersyukur! Alhamdulillah..


Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..