Labbai KaAllah..

datang lecturer ke kelas pagi itu
dengan membawa sebiji globe
kerana mengikut rancangan mengajar
P&P (pengajaran & pembelajaran) berkaitan
perkembangan tamadun dunia
jadi dengan adanya globe sebagai ABM (alat bantu mengajar)
mudahlah kiranya pelajar merujuk

di penghujung kelas
lecturer sibuk memegang globe dan berkata
" i ve been here, here, here and there!"
sambil jari jemarinya ligat menunjukkan beberapa tempat
..di benua eropah

lantas ada seorang pelajar bertanya
kenapa sir ke sana?
makan angin, tengok tempat orang...

Sir dah sampai ke sini belum?
sambil jarinya merujuk kepada semenanjung tanah arab

belum pernah!
kata sang lecturer pasti
memang asas tamadun bermula di situ
tapi best ke tengok piramid dan mumia?
kata sang pensyarah

bukan..
pergi mekah tunaikan umrah dan haji sir!
ooooooooo kata sang pensyarah
belum seru katanya perlahan..

nota: Garapan penulis adalah berdasarkan cerita benar suatu ketika dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..