Kisah Gigi Fathi


Ahmad Fathi anak buah saya

Umur 6 tahun

Anak sulung dari 3 beradik lelaki

Best friend puteri-puteri saya Iman dan Surayya

Kisahnya mereka berdua

Fathi dan Iman

Memang rapat

Asal balik rumah tok mama

Pasti ada saja projek

Gelak tawa riang gembira

Tidak seperti Iman

Juga bersekolah di PASTI di tempat masing-masing

Sukan tahunan mereka berbeza tarikh

Iman telah lama bersukan

Giliran Fathi pula

Kata uminya

Disebabkan Fathi demam campak

Dek berjangkit dengan Iman

Fathi tidak dapat hadir sesi latihah

Tapi umi dan abi katanya datang juga meneman

Kisahnya ada lumba lari

Sambil tiup tepung

Dapatkan gula-gula

Selepas tepung ditiup

Gulu-gula perlu digigit

Tapi fathi tiba-tiba berlari berpatah balik

Dia menang tapi tanpa gula-gula

Kami Tanya kenapa?

Adakah sebab tak datang training

Fathi tak tahu rules and regulationnya?

Kata Fathi yang jarang bercakap

“macam mana abang nak ambik gula-gula..

Cikgu pun tak tahu ke

Yang abang ni takde gigi depan?

Macam mana abang nak gigit!

Berderai kami gelakkan Fathi ramai-ramai

Betul jugak ye..

Alahai budak-budak..

So sweet!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..