Jiwa Ini Abadi...


Jiwa dikurnia Allah ini

Adalah abadi

Jiwa bermakna roh

Jiwa yang telah dipilih Allah

Untuk menghamba padaNya

Jiwa terpilih ini

Pasti jiwa terhebat

Baru tersedar

Yang hidup bukan sekadar hidup

Hidup adalah selamanya

Hidup selepas mati lebih abadi

Sedang hidup di dunia

Hanya sehenti

Jika kita sedar

Hakikat jiwa abadi

Pasti kita takkan Persia

Perjalanan jiwa yang masih berkala

Kuatkanlah jiwa kita

Kerana jiwa ini adalah abadi

Walau jasad nanti bersemi

Dengan jiwa inilah

Kita akan terus berjalan

Lagi, lagi, lagi dan lagi…

Kerana hidup adalah untuk mati dan

Mati adalah jalan menuju destinasi abadi!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..