Diari Seorang Pensyarah





Senyum hati saya bilamana ada yang secara jujur dan bergurau berkata..
Best ye jadi pensyarah!
Ya memang best
sebab dari kecil memang cita-cita saya nak jadi pensyarah.
Alhamdulillah, temakbul.
Basic idea di sini ialah minat!
Dikatakan best itu mungkin sebab ada yang nampak kerjaya ini leisure, mewah dan berprestij.
Ada bilik sendiri, meja, kerusi empuk, air-cond, rak buku, computer dan ada juga coffee corner.
Hakikatnya kerjaya pensyarah ini ada thrill dan keseronokkannya yang tersendiri
Again, pada saya, semuanya sebab minat , orang putih kata passion & enthusiasm!
Asasnya sama saja dengan guru sekolah sebab tugas asasinya ialah mendidik.
Di peringkat sekolah rendah dan menengah, guru berperanan sebagai pendidik yang membimbing pelajar sehingga membawa kejayaan kepada anak muridnya melanjutkan pengajian ke peringkat univensiti atau institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.
Di univensiti/IPT kesinambungan mendidik diteruskan oleh tenaga akademik.
Tenaga akademik universiti/IPT sebenarnya mempunyai beberapa tahap mengikut kelayakan dan kecemerlangan akedemiknya. Bermula sebagai tutor, diikuti sebagai pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya dan taraf tertinggi tenaga akademik ialah profesor. Tenaga akadeniik yang baru dilantik dipanggil tutor atau penolong pensyarah atau pensyarah pelatih.
Gaji yang ditawarkan oleh universiti/IPT awam agak lumayan mengikut kelayakan dan pengalaman seseorang itu. Seorang tutor menenima gaji dan elaun sekitar RM1,500 sementara pensyarah yang mempunyai kelayakan sarjana menerima RM2,600 sementara doktor falsafah sekitar RM2,800. Institusi pengajian tinggi swasta pula mampu menawarkan gaji yang lebih lumayan berdasarkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja. Banyak kerjaya di bidang ini kerana pelbagai bidang pengajian ditawarkan di univensiti/IPT. Apatah lagi jumlah universiti/IPT tempatan bertambah dan berkembang dan tahun ke tahun. Pelajar boleh menjadi pensyarah di bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains, teknologi maklumat, seni bina, sains sosial, pengajian Islam, syariah, usuludin, pendidikan, pertanian, pengurusan, perniagaan dan banyak lagi.
Kursus dan program yang sudah mantap memerlukan tenaga akademik yang berkelulusan doktor falsafah, semen­tara yang sedang berkembang memerlukan pensyarah yang berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana.
Seseorang pensyarah mempunyai tiga peranan utama: pengajaran, penyelidikan atau perundingan atau penulisan, dan khidmat masyarakat. Justeru, tugas seorang pensyarah tidak sahaja mengajar di bilik-­bilik kuliah atau menunjuk ajar di makmal, tetapi perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal, membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan bidang akademik seperti rundingan dan kembangan. Walaupun kerjaya ini nampaknya mencabar tetapi memberi kepuasan kepada yang meminatinya.
Sekiranya kursus yang diajar itu memerlukan kerja lapangan, maka pensyarah itu akan membawa pelajar ke tempat yang ditetapkan. Bidang geologi misalnya, pensyarah akan membawa pelajarnya ke tempat tertentu untuk membuat kajian terhadap batu-batan yang dikaji. Begitu juga bidang botani, zoologi, pertanian, pensyarah akan membawa pelajarnya ke lapangan dan semasa ke semasa.
Di bidang perubatan misalnya, pensyarah akan mem­bimbing pelajar-pelajar dengan
menunjuk ajar cara-cara merawat dan membedah pesakit di hospital. Dalam latihan industri, pensyarah membimbing pelajar menjalani latihan tersebut di syarikat-syarikat swasta serta agensi kerajaan.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati profesion ini
(ii) Menguasai bahasa Melayu dan Inggenis dengan baik
(iii) Berpengetahuan luas di bidang yang dipilih
(iv) Suka membaca dan menulis bahan ilmiah/penerbitan
(v) Tidak jemu membuat rujukan
(vi) Berminat melakukan kerja-kerja penyelidikan
(vii) Suka bertugas di makmal dan lapangan
(viii) Sanggup membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar
SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI
Untuk menyertai dunia akademik sebagai tenaga pengajar seseorang harus memiliki kelayakan akademik tertentu. Di maktab-maktab perguruan, dan politeknik-politeknik memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda. Sementara universiti memerlukan tenaga akademik yang berkelulusan sekurang-kurangnya sarjana.
TEMPAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pelajar boleh melanjutkan pengajian di mana-mana universiti/IPT tempatan atau universiti di luar negara diiktiraf kerajaan. Terdapat banyak universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana dan doktor falsafah. Pada kebiasaan, majikan akan menghantar tutor atau pensyarah baru melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di universiti dalam atau luar negara.
SYARAT UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
(i) Peringkat sarjana muda—Pelajar harus lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program asasi/matnikulasi universiti dalam dan luar negara. Sementara UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV untuk program sarjana muda. Mereka juga boleh memohon dengan kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan syarat mendapat keputusan yang baik di peringkat ini.
(ii) Peringkat sarjana—Memiliki ijazah sarjana muda atau diploma lanjutan
daripada universiti/IPT tempatan atau luar negara dalam bidang berkaitan.
(iii) Peringkat doktor falsafah—Perlu memiliki ijazah sarjana dalam bidang
berkaitan.
...end of transmission :)

Comments

  1. Artikel yg sgt menarik Dan bakar smgt sy untuk terus blajar.. :)

    ReplyDelete
  2. jurusan bergantung dengan pilihan kita sendiri , ker ?

    ReplyDelete
  3. sy minat sangat nak jadi pensyarah tpi bi sy x brape ok la... stu lgi sy sllu bce entry psl pensyarah then crite dia orng tntng temu duga dan dia orng kata ssh masa temu duga..ini yang membuatkan saya gugup..boleh x admin crite kan tntng pengalaman admin masa temu duga...=)

    ReplyDelete
  4. Saya berminat juga dengan kerjaya pensyarah ni..tapi saya masih lagi keliru dengan pathway sebelum bergelar pensyarah...mengenai kos yang perlu saya pilih..saya juga meminati bidang sains..boleh tak admin tetangkan sikit,,mengenai cara memilih kos yang betul dengan minat kerjaya...thank you

    ReplyDelete
  5. Assalam...
    Nak rekomen page berkaitan kerjaya pensyarah...
    Sila ke link dibawah untuk maklumat lanjut
    http://www.kerjayapensyarah.blogspot.com/

    wasalam

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..