Cinta RM3


Motor kapcai berbendera Malaysia

Hamparan bendera parti di tepian jalan

Ada pistol mainan, ada bateri 3A dan ada majalah

Tiupan harmonika…

Jangan layan dia tu kak

Mata tidak memandang

tapil tangan mengisi nasi kukus ayam rempah yang saya pesan

Kenapa? Tanya saya

Dia tu tak betul

Dulu dia jutawan..

Ye ke..kesian dia

Mak aji!sapa pakcik

Elok baca buku ni

Sambil hulurkan majalah Milenia

Keluaran terbaru ke? Kata saya

Dia tidak menjawab

Ilmiah sangat soalan saya

RM3 je..

Ok, pakcik, saya ambil nasi dulu

Kejap lagi saya tengok ye

Pakcik beredar sambil 2 chewing gum pisang dihulur kepada anak-anak saya di dalam kereta

Ish budak-budak ni, kenapa dibuka cermin tu..

Berapa majalah dan chewing gum tadi pakcik

RM3, chewing gum saya sedekah

RM10 bertukar tangan

Ditukarnya pakcik dengan RM1 x 10 dengan abang nasi kukus di sebelah

Dihulukan pada saya RM6

Saya serah kembali RM1

Sebab majalah RM3

Terima kasih pakcik

Dalam reverse mode pakcik menahan lagi kereta

Nah mercun pop! A bundle of 4

Takpe pakcik, anak saya perempuan, tak main ni

Takpe pakcik sedekah!

Kesian pakcik ni

Kenapalah aku bagi dia RM3 je

Sedangkan dia dah 2 kali SEDEKAH!

Usai tiba dirumah

Dibelek majalah yang bertarikh Jun 2011

Wah!ada artikel yang dah lama saya cari!

Rupanya itu cara Allah memberi

Ish3x..kenapalah tidak tergerak untuk saya sedekah pakcik tu

Lebih dari RM3….

Note: kadang-kadang Allah menghampiri kita dengan cara yang tidak kita duga dan sangka..

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..