Cinta Muka Buku


Adik nak Cinta Buku…

Kata surayya tatkala tengok mama on laptop

Sangkakan mama tak faham

Surayya ambil paper dan tunjuk-tunjuk dengan jari

Gambar gadis manis pakai tudung

Namanya Najwa Ariffin gitu

Kisahnya..

Mama buka you tube

Tengok best sangat ke lagu

Cinta Muka Buku

Maklumlah

Lama tak update cerita-cerita lagu-lagu ni

Tak sangka pulak

Dengan sekali tengok

Surayya dah pandai associate-kan gambar di paper

Dengan video di you-tube tu

Itu surayya,,

Baru 3 tahun..

Aish..taste budak-budak sekarang

Justeru..

Dedahkanlah simanja kita dengan bahan audio-visual yang elok

Kerana budak-budak cepat grab and absorb!

Macam span!

Bila teliti lagu dan lirik lagu

Emmm catchy

Lirik dia kata orang muda..sempoi

Cerita perihal cerita facebook lah..

Tapi ada perasaan seriau sikit

Penyanyinya nampak bertudung

Tapi bila sebut lirik..

Nak jumpa..

Hati kata ya..

Ikutkan saja..

Huh,,itu bahaya

Jangan terjerat dengan cinta siber sudahlah ya!

Lirik Lagu Cinta Muka Buku

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oooo… Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oooo… Kenakah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu

Cinta di muka buku

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..