Channa micropeltes masak lemak dengan pucuk ubi


Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes adalah tergolong dalam ikan air tawar. Ia dikata menjadi kegilaan kaki pancing dek pertarungan dan semangat juangnya yang dikata amat hebat!

Kalau tak catch and release, kenelah catch and cook!

Encik suami yang bertarung untuk siangkan si toman pemberian sahabat (sengaja dibahasakan sahabat sebab kawan belum tentu baik hati macam sahabat bukan?)

Selepas disiang dan dibersihkan, kami agihkan pada jiran-jiran (tapi Tanya mereka dulu..makan ikan toman tak? Tak pernah!tapi boleh nak cuba…

Khabarnya ikan toman ni baik untuk kesihatan wanita..

Ikan toman masak lemak dengan pucuk ubi

2 keping isi ikan toman dibersihkan

Segenggam pucuk ubi kayu

Satu labu bawang besar ditumbuk/dimayang

Seinci kunyit hidup ditumbuk

2 cawan santan pekat

2 keping asam keeping

Garam secukup rasa

Cara masak

Renihkan santan +bawang+kunyit hingga mendidih

Masukkan asam keeping + pucuk ubi, masak hingga pucuk ubi lembut

Masukkan ikan toman

Masukkan garam

Sebati dan pekat

Angkat dan hidangkan

Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..