Posts

Showing posts from October, 2011

Tiga Tahun Selepas..

Image
sepanjang 2008-2011 memang tidak pernah
tidak pernah saya bercerita tentang
Tales Of My PhD..

2008 saya telah 2 semester memulakan pengajian
sebab?
satunya adalah rezeki!
keduanya sebab saya minat belajar!
alang-alang belajar biar ada PhD

bidang?
Antropologi & Sosiologi
apa bidang ni?
yang kita sedang cerita ini adalah Sosiologi
a scientific study of man and society..

2008 cuti belajar lulus
alhamdulillah...
2008 juga saya positif anak kedua
alhamdulillah..

saat awal lulus cuti belajar 3 tahun
ramai yang respon
bestnya cuti belajar!
hakikatnya..saya tak rasa best
sebab cuti ini amanah berat
tapi mungkin ada privilege dalam beberapa hal

saya belum dapat menerima kenyataan
yang hidup saya perlu detach dengan pejabat
justeru, selalu datang pejabat walau tak perlu lagi punch card atau masuk kuliah

kawan ada yang mendekat
ada yang makin menjauh
saya sedar..
untuk PhD, kata orang,,perlu hilang kawan
betul ke?
ye perlu juga ber uzlah untuk mencari diri sendiri

Surayya lahir 2008
Surayyalah PhD saya
bila tengok Surayya me…

A Trip To Remember

Image
dapat tahu yang 30 hb ada program
tarikh dah di block
hingga ada jemputan lain pun terpaksa ditidak hadirkan diri
dan dimaklumkan ketidakhadiran dengan baik

demi program 30hb itu
29hb sudah check in
walau yang lain dah sampai lebih awal
kami tiba lambat sikit
ada satu jemputan yang perlu juga hadir sebelum itu

barang-barang bekalan ada 2-3 beg
termasuk bekalan pot luck dijanji
kami bawa dessert dan buahan

percutian yang sungguh merehatkan
berbual-bual, ketawa riang
anak-anak gembira main pasir pantai, mandi pool
sampai kecut!

bbq malamnya
makan sampai koma!
tidur sebelum subuh
tidak mahu terlelap
dek seronok yang memuncak
walau dah sampai rumah
un-pack semua barang
kepuasan masih terasa walau keletihan

seronoknya bercuti
pemandangan cantik
damainya hati
pasir putih pantai
laut yang berkaca
angin laut yang menyapa
indahnya dunia

macam mana agaknya indah syurga ya?
pasti tidak terjangka
cuti sementara ini pun
sudah damai sangat rasanya

emmm macam nilah kita
dalam mengejar syurga
bukankah kita sudah dimaklum
tentang wujudnya…

Kisah Semangka yang Tidak Disangka

Image
Rizal mung gi beli timun!
bape bijik?
sebijik!
aik?nak buat jamuan beli timun sebijik ja?
nak masak apa?
la hang Rizal,,
bukan timun tu
timun cina!Tembikai!
la habaq la tembikai..
ni kata timun...
orang pata timo kecek timun
kita org kedah kata tembikai..
ni cerita abang saya masa dia study di Terengganu
sedikit masa lalu

Hari ini
ke wong solo. lunch dengan ukhtie
minta ayam penyet dengan kelapa muda
ala kak, kelapa muda habislah
ok, bagi saya air tembikai
bila bayar bil..
kenapa jus semangka?
oooo tembikai tu semangka rupanya
kelakar rasanya..

boleh bayangkan bonda gelak
kelakar la kot
sebab ada yang panggil saya Ros
iyelah dari kecik bonda panggil saya ila
yang bagi nama Rosfazila kenapa
jadi tak salah kan
orang nak panggil Ros ke, ila ke, fazi ke, fazila ke

ada yang kata
apa ada pada nama
memang nama ada sesuatu

tapi pada saya
biarlah dipanggil dengan nama apa
yang penting kita tetap kita
just be yourself kata omputih

tembikai, timun, semangka
dan apa lagi nama yang tidak disangka
ia tetap sama,
lets serve the purpose
mer…

Percakapan Rasulullah dengan Iblis

Image
Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.

Jom ke Langkawi...homestay & memancing

Image
Rose orang Langkawi?
tak pecayalah..
betul saya orang pulau
tak ada homestay ke?
dulu belum ada
sekarang dah ada
Alhamdulillah


jemputan ini dituju khas buat semua
sahabat handai, rakan taulan,
pembaca The Inspiration
yang ingin bercuti ke Langkawi

ikhlasnya..
Langkawi memang menjadi
kesayangan saya
tempat jatuh lagi dikenang
inikan pula tempat bermain.

jemputlah ke homestay kami
memang dijemput khas
bagi yang ingin merasai
kehidupan kampung orang Langkawi

walaupun di kampung
kebersihan dan keselesaan dijamin
murah pulak tu
satu family untuk semalam
anda cuma bayar RM150
mana dapat dik harga ni
Homestay lain?
i tell you
RM25o dan ke atas
nak murah lagi?
boleh runding...
untuk pakej penginapan 2H3M dan seterusnya....

tak percaya?
belum cuba belum tau..
tak pecaya?
cuba hang baca ni!

V
V
V

Salam sejahtera, kepada pengunjung blog Hj Mat's Homestay, semoga paparan ini dapat memberi gambaran tentang kemudahan penginapan ini. Gambar di atas adalah pemandangan di hadapan rumah. kelihatan sawah padi dan bukit Murang.

Dari Ha…

Seksi Itu Dosa...

Image
eee tak malu
tak pakai baju
kata surayya (3 tahun)
melihat gadis di Alamanda
yang dibanjiri manusia
tatkala Deepavali
dan kami mencutikan diri

seksi...
kata Iman (5 tahun)
seksi tu apa kakak?
tanya surayya
seksi tu dosa...
surayya macam terdiam

fuh..lega rasanya dengan jawapan diberi Iman
nasib baik Surayya tak tanya
dosa tu apa
kalau tidak..
bukan kata Iman susah nak jawab
mama dan abah pun belum tentu dapat jawab
ikut spec Surayya

nampaknya adik faham maksud dosa
tapi belum faham apa itu seksi
..kata encik suami padaku

tapi memang
bila berjalan dalam lautan manusia itu
mata macam tak sanggup nak pandang
nanti terlanggar pulak ye tak

kalau tak tutup aurat pun..
pakailah sopan sikit..
jarang encik suami berdengus macam tu
sah!memang sangat kritikal ni

tak pandai saya nak komen fesyen sekarang ni
tak faham konsep apa yang nak ditonjolkan
menutup atau membungkus?
atau menunjuk?

saya pun kena study balik dari basic
back to the root sista!

A State of Contradiction

Image
Allah beri kita hujan dan panas
dan pagi ini kabus!

usai dari rumah mengejar rutin harian
Iman dari seat belakang bersuara!
banyaknya kabus mama!
segera saya pasang lampu sebab kami nak memasuki highway

apa kakak kena cakap kalau tengok kabus?
soalan yang biasa saya tanya kalau Iman habis makan,
atau apa saja aktivitinya yang lain

SubhanAllah ke mama?
tanya Iman macam tak yakin dengan jawapannya

Biasanya kita keluar, dah panaskan mama?
saya akur pada kata-kata Iman

Iyelah, bila panas dan hujan bertembung
sakit tekak dan batuk jadinya
bukan sebab cuaca!
tapi sebab alpa jaga kesihatan..

macam kat Cameron Highland kan mama
kakak rasa macam nak makan strawberry
kata Iman

saya tergelak dan tak nafikan
pagi ini memang lain
kabusnya tebal, sejuk dan dingin dan syahdu nian

SubhanAllah!
sungguh Dia menyembunyikan sesuatu
yang kita tidak nampak
seperti kabus mengaburi pandangan

this is a state of contradiction
terpacul dari mulut saya
buat Iman terpinga-pinga
mungkin tak faham
mungkin pelik
kenapa mama speaking English di p…

Haaza Azanu Zuhr!

Image

Anda Gadis Sunti? HPV Vaccine?

Image