Perihal Pisang Kembar


Pisang di tepi rumah galak berbuah
itu saja rezeki pokok yang dapat tumbuh
Alhamdulillah..

eh banyak pula nampak pisang kembar pada tandan muda tu
kalau masak nanti saya nak bagi kawan
dia suka makan pisang kembar
siap pesan lagi
kalau ada pisang kembar
bagi dia...

kenapa?tanya bonda yang kebetulan datang bercuti dengan cucu
sebab dia nak anak kembar
eh bukan dia dah ada kembar sepasang perempuan
iyelah!
dia naklah kembar lagi
sepasang lelaki pulak!

em kalau macam tu
baik awak je yang makan
kata bonda
biar dapat kembar 2 lelaki
lepas tu ,,tutup kedai

betul jugak
tapikan mak
takkan sebab makan pisang kembar ni trus dapat kembar?
iyelah..itu semua rezeki Allah
berusaha,,apa salahnya

iyelah mak...

mak kata, dulu-dulu
orang tua-tua tak bagi makan pisang kembar
sebab pelik
dan takut mengandung kembar

tapi sekarang dah terbalik
semua nak kembar, nak cepat, nak ekspress, nak double, tripple

perihal pisang kembar ni..ada yang kata kalau makan

1-dapat anak kembar
2-dapat anak kembar lelaki
3-dapat tambah sssyyy tenaga batin

dan macam-macam lagilah
kenapa ye?
mungkin berkaitan dengan "you are what you eat"
dan juga genetik jugak
ialah, mudahnya, jika pisang ada genetik kembar
kita makan, kita pun akan dapat genetik kembar tu
macam tulah yang ada dekepala saya
apa pun, ini semua soal rezeki Allah

mengikut kajian ringkas saya tentang nak dapat anak kembar
pasti yang bertanya apa rahsia dan amalan mereka
even doktor pun akan tanya soalan yang sama
antara jawapan mereka..

1-ada family kembar/ keturunan
2-by chance
3-makan pil subur
4-makan asid folic lebih
5-makan buah/telur kembar
6-minum kacip fatimah
7-...kalau ada senaraikan lagi ye, nanti yang lain dapat buat rujukan,,hee

Comments

  1. hahahhaahahah...jgn lupe tinggalkan satu pisang kembar!

    blogwalking la di blog kwn2 kembar saya utk maklumat lanjut...kekekeke


    last but not least...new appearance blog ni cantik.

    ReplyDelete
  2. salam ya ukhtie...

    buah pisang kembar + buah zuriat=terbaek!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..