Panjang atau pendek?



dulu-dulu selalu terbaca
akan kisah rumahtangga musim raya
bila kekanda adinda semacam sengketa
hal balik raya!

ke kampung dinda atau kampung kanda?
ada yang masing-masing kampung
masing-masing balik
aduhai..
begitu rupanya...

memang benar bagai diduga
kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang
itulah...
mungkin sebab ini dah jadi senario biasa musim raya
sebab tu kerap diperkata

biasanya
ada yang ikut sistem giliran
tahun ni di kampung kanda
tahun depan kampung dinda pula
tapi ada juga yang tak comply dengan sistem ni
asyik balik kampung tuuuu jer...

haa kan ada yang dah marah
pulak tu
yang nak balik tu satu hal
yang menunggu pula ada hal yang lain
kalau tak balik muncung!
kalau balik ke sebelah sana muncung jugak..
kesian....

dah balik,,,
panjang pendek pulak jadi ukuran
aik?balik sekejap jer?
dah nak balik ke sana pulak?
sebenarnya hukum yang mana?

oo sebenarnya..
1-nak balik kampung sendiri
2-pastu nak panjang-panjang cutinya

tapi bila bab turn sebelah lain
1-taknak balik!
2-tapi kalu balik jugak, nak pendek-pendek je cutinya!

adusss paradox ni!
macam nilah..
yang balik ke, yang menunggu ke
panjang ke, pendek ke
biarlah ikhlas dan beri impak positif

biar balik
jangan tak balik langsung
biar pendek cutinya
tapi dimanfaatkan dengan ziarah yang sunnah
kan??


bukankan kunjungan jarang itu menambah sayang?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..