Nafikanlah Cinta Ini @ Kek Karot Blueberry


walau kepenatan
di tengah malam kugagahi juga
bangun membakar kek request
untuk hari jadi induk/maksu kecilku

selamat hari lahir Induk
moga menjadi puteri yang solehah, amin!

Resepi kek karot Blueberry


1 1/4 cawan gula pasir + 4 biji telur dikacau sebati (guna senduk kayu je)
masukkan 1 cawan minyak masak + sedikit esen vanila dan kacau sebati

2 cawan tepung gandum+1 sdt soda bikarbonat+ 1 1/2 sdt baking powder + 1/2 sdt garam diayak
campurkan dengan adunan tadi

masukkan 2 cawan parutan karot
dan 1/2 cawan almund cincang
gaul rata dan bakar dengan suhu 180 selama +-40 minit

selesai dibakar, sejukkan
hiaskan dengan toping blueberry
siap!


kek karot blueberry rose style

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..