Manisnya Kamu!


Sungguh bila berpuasa ni jiwa akan jadi syahdu semacam
manis mengenang Ramadhan yang sudah berlalu
entah ketemu entah tidak Ramadhan akan datang
Roh Ramadhan makin jauh
semua orang sibuk dengan Syawal
dan Jemaah haji pula bakal berangkat
how time flies..
demi masa, sesungguhnya manusia kerugian
melainkan, yang...
beriman dan yang beramal soleh...

terngiang nasyid alunan Raihan..

Syawal terkadang membuka kepada banyak
lorongan pelik dari nafsu kita
nafsu makan tak usah cerita
pulak tu menganyam ketupat / mengumpat!
lupa rupanya kita

pada manis Ramadhan lalu
bila semua nafsu dikunci
dan hanya iman di palu

nah, jom puasa 6
sebab Syawal hanya berbaki lagi 6 hari!

supaya di Sana nanti
ada yang menegur kita wahhh!manisnya kamu dengan Iman...!
amin!


namanya eh badak berendam
buat time puasa dulu
saya jual 3 seringgit
memang tempting bukan!

resepi mudah

inti-parutan kelapa dimasak bersama gula dan daun pandan
doh-tepung pulut, sedikit tepung beras dan tepung gandum + air kapur sirih jika ada, jadikan doh dan warnakan
isi inti dalam doh sesudu teh dan bulat-bulatkan seperti onde-onde buah melaka
masak dalam air mendidih dan tunggu hingga timbul
angkat dan siram dengan air sejuk supaya tidak melekat
kuah/sos-panaskan santan+tepung beras+secubit garam+pandan kacau hingga pekat

siram diatas doh dan best dihidang sejuk

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..