Indahnya Lapar Daripada Kenyang!


Walau amat besar dugaan Syawal
Rumah terbuka
yang tidak kenal masa
ada yang buat Breakfast raya 8-11 pagi
tengahari ada lagi jemputan
Hi-Tea ada lagi
malam pun ada jemputan juga
saya dan Encik Suami gagahi juga berpuasa 6 hari Syawal!

Sungguh!
manis dan roh Ramadhan dapat kami kutip kembali
nikmat menahan diri dan berbuka..
ahhhh..indah sungguh

semalam,
saat menjamah tamar sebagai sunnah berpuasa
terdetik di hati yang sudah lama tidak berdetik sebegitu rupa
mungkin pada Ramadhan lalu
detik itu selalu dirasa, dirai
kini detik perasaan itu datang lagi

ahh,,sungguh nikmat dan indah rupanya rasa lapar!
hatta biskut kering pun terasa sedap!
jiwa membayangkan yang indah-indah belaka
semuanya indah!
air sirap merah, manisan, buahan, juadah hidangan
dibayangkan amat sedap dan nikmat bila dijamah
amat menghargai segalanya ketika itu
seharian menahan diri
setiap detik rasa berseri!

saat menunggu waktu berbuka
rasa teruja, suspen dan tawakkal memuncak
tambah doa dan doa moga cepat tiba waktu...
heee

bila tiba waktu berbuka..
nah, lepas doa dibaca
dijamah tamar dan air sahaja
segalanya lenyap dalam hanya sesaat!

bayangkan betapa indahnya perasaan ketika lapar tadi..
tapi bila kenyang, semua sudah tiada
saat dihitung tadi pun hilang entah kemana

sungguh!
puasa ini mendidik jiwa
mendidik mata
melihat apa yang tiada terlihat..
ketika kita kenyang!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..