Hati Ini Rindu Padamu...

Betul..

Macam abah…

Abah?

Abah mana?

Arwah abah!

Bergegas adik meninjau Waja yang parking di sebelah

Ternampak kelibat berperawakan persis arwah abah sedang lena tidur

Berbaju T biru favorite arwah

Sendeng kepalanya sama

Potongan rambutnya serupa

Memang saling tak tumpah

Muka arwah abah..

Yang telah lama kembali kepadaNya

subhanAllah!

3 kali adik memandang

Macam tak percaya..

Dek kerana rindu

Mata pun rasa tertipu

Berlinang air mata bonda

Tatkala mendengar cerita

Mata berkaca itu

Membait rasa syahdu

Sungguh!

Di hati itu

Dapat kuhidu

Sebuah rasa rindu

Yang semat terpaku

Moga arwah tenang di sana.

Al-Faatihah untuk ayahanda Hj. Zaini B. Hj. Dawi

* Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

** Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..