Demam Campak : JANGAN minum air kelapa muda?

Lama jugak menyepi dari buat posting lepas raya ni

Kemana menghilang?

Ada,,

Cuma sibuk jadi nurse dan doktor sebab ..

3 orang kene demam campak!

Iman berjangkit dengan schoolmate dia

Dan kene chicken pox pada 2 hari sebelum raya!

Dahla Iman tu merdeka raya bufday girl

Sian..

2 minggu lepas tu

Bila Iman dah kering chiken pox tu

Abah dan surayya pula mula demam kuat!

Serentak!

Mulalah edisi chiken pox di rumah

Sempat juga buat research tentang chicken pox ni

Ada yang mitos

Ada yang fakta

Mana yang baik, asal cepat sembuh, cuba sajalah

Kata orang..

1-kalau dah kena chicken pox pasti takkan kena lagi!

salah!sebab encik suami dah kena time kecik, kena jugak!kata mak metua, mungkin masa kecik dulu campaknya tak keluar habis..pulakkk.

kata doktor, possibility untuk kena lebih dari sekali tinggi sebab virus dah mutate!

kata jiran pula, hasil dari pembacaannya, lelaki ada kebarangkalian kena lebih dari sekali berbanding perempuan..ooooh

2-kalau kena demam campak boleh berjangkit

Betul!mula-mula demam kuat, lepas tu baru keluar campak besar berair tu. Tapi Salah!sebab iman tak demam pun, tiba-tiba keluar campaknya.

Betul boleh berjangkit!air tu kalau digaru boleh merebak dan boleh mengakibatkan jangkitan. Tapi kata seorang kawan, virus tu pop-out time demam!bukan time campak tu mula keluar hatta mengering.

3-kalau demam campak, minum air kelapa muda!

Salah!doktor siap marah-marah encik suami kerana minum air kelapa muda, katanya: you akan lebih suffer, campak you akan lebih banyak, lebih besar dan lebih sakit plus parutnya akan kehitaman. Any medical proof doc?

4-ubat alternative campak yang diperkatakan oleh setiap orang yang saya jumpa adalah seperti daun mambu buat mandi atau bedak sapu, daun jambu air, daun belimbing buluh dan daun kucai.

teringat dulu-dulu bila bonda alaskan tilam kami yang kene campak dengan daun mambu. sapukan bedak air. terima kasih bonda..


Cuma saya tak berkesempatan jumpa daunan tersebut, kalau di kampung mungkin senang dicari tapi di sini, guna Calamine lotion, ibuprofen dan paracetamol jer…selesai

Iman dan encik suami dah ok Cuma Surayya yang ada problem sikit. Dia eczema..garu sani-sini

Aduhai…cepat-cepatlah sembuh nak!

5-diet demam campak-jangan makan kicap!sebab nanti berparut..
6-jangan biar kena hujan, nanti lambat baik dan campak membesar..

ikut sajalah kalau nak baik kan...

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..