2003 Dapat Anak, 2012 Dapat Cucu!


2003 melakar sejarah peribadi
lapor diri
dan secara instant dapat anak
melebihi 500 orang!
anak murid...

hingga tika ini
anak didikku mungkin
dah beribu-ribu!

sungguh teruja
sejak itu sesi tutorial dan kuliah bermula
tugasan, pembentangan, kuiz, ujian dan peperiksaan
kadang-kala ada yang buat jamuan penghargaan dan perpisahan
sunguuh indah..

anak murid tika itu panggil Cik Rose
2005 berumahtangga
gelaran cik masih kekal hingga kini
walau status puan bertukar ganti

seronok jugak..
itulah,,lama sangat membujang
sampai gelaran cik tidak boleh dibuang

masa berlalu pantas
ada anak yang mengenang
ada yang terbuang,,
yang penting kalian cemerlang

menjengah 2010, dah mula dapat jemputan
anak dah nak kawin!
ada yg sempat hadir ada yang tidak

2011, jemputan datang lagi
terharu jugak
nampak anakanda di pelaminan
dah besar anak-anakku

ada pula yang datang berdukung anak
dah bercucu rupanya aku!

moga kalian gembira, bahagia dan diredho
dalam menjalani kehidupan

buat Dyana & Fahmi
buat Ummu & Own

Selamat Pengantin Baru Dyana & Fahmi
moga kekal ke anak cucu!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..