Utopia Cinta


sah!
sesungguhnya ini bukan utopia cinta!
utopia ialah bilamana kesempurnaan jadi ukuran
Thomas More cerita tentang ideal society yang perfect
sebab tiada kepercayaan kepada kesempurnaan dan sesuatu yang sempurna
kononnya notnings perfect, justeru mereka percaya kesempurnaan itu impossible!
mustahil?
tapi sungguh!
ketemui utopia cinta itu
malam itu
pada baris saf tarawih
semua tekun mengejar cinta sempurna
anak-anak comel berlarian dengan telekung dan jubah comel
ibu-ibu ada bertadarrus
bapa-bapa berpelikat, berkopiah, berwuduk!
sungguh gagah!
sungguh handsome! cerah dengan ibadah!
sungguh indah dan manis
utopiakah cinta?
idealkah situasi ini?
mustahil?
tidak!
ini bukan utopia!
tapi inilah realiti!
realiti yang sudah lama patut bersemi!
dalam masyarakat kita yang mencari
cinta ilahi.....

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..