Umrah Ramadhan: Tarawih Chapter


Travelog Umrah Ramadhan

Terawih di pilar horizonmu

Mengamati saf panjang tidak bertepi

Ibarat syuhadak berbaris menuju jihad

Saf…..!

Berderu bangun mukmin nafas serentak

Berbaris nan syahdu mengadap Kaabah!

Sungguh terharu

Jiwa bagai dipaku

Bersusunan putih bait iman

Meniti bibir mengucap tasbih

Bergema alunan ayat-ayat suciMu

Melantun insaf dihati nan satu

Usai terawih itu

Semua masih terpaku

Menunggu selang detik waktu

Jika mungkin saat tadi takkan berlalu

Detik itu

Bumi dipijak bagai tidak berganjak

Hamba soleh menagih ibadah

Doa imam berkumandang semesta menerjah

Hujan rahmat seraya turun

Membawa berkat seluruh alam

Deraian air mata jemaah Masjidil Haram malam itu

Sederas air hujan memancut

Di Tanah gersang Makkah

Begitu juga hati rasa disimbah

Sejuk QuddusMu ya Allah

Jemputlah aku ya Allah

Jemputlah aku…..

Ke Tanah SuciMu lagi..amin!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..