Siyam dan Qiyam

Mama tolong hulur air..

Dah 3 kali isi ni abah!

Heeee

Nak rasa mihun sikitlah!

Okey sayang…

Siyam dah, make sure Qiyam pun tambah yer…

Sebab Siyam kawannya Qiyam,,kata mama

Abah tersenyum pada Iftar Ramadhan pertama

Sungguh!

Cuaca panas, haus dibuatnya, memanglah, Ramadhan….

Masak nasik lemak, sedap…

Masak juga mihun goreng, sedap juga

Jadi kenalah rasa..itulah kita

…terdengar tazkirah ringkas di Radio IKIM dalam perjalanan ke Kompleks PKNS

Bagus tazkirahnya

Kata ustaz, puasa adalah ibarat break yang mengawal kenderaan

Tanpa break, kenderaan akan hilang haluan!

Puasa ibarat menjinak kuda liar

Tanpa makan ia akan akur

Jesteru, puasa buat kita ialah menjinakkan nafsu

Nafsu tidak sukakan bebanan..kita puasa, nafsu akur

Justeru, kita perlu beban ia supaya ia tunduk

Bebankan lagi dengan Qiyam!supaya nafsu akur lagi!

Siang kita Siyam

Malam kita Qiyam!

Apa susah, selepas tidur dan bangun semula untuk sahur…solat jelah sunat Taubat dan Hajat..

Dah kira Qiyamlah tu..

Biarlah buat sedikit daripada tak ada langsung..kannnn

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..