Seri Mukanya Durian...


Makcik buat seloyang

Ambillah sikit buat berbuka

Amboi, seri muka durian!

Banyak duriannya…kata makcik

Jadi kreatif skitlah jadikan seri muka

Oooooooo

Eh banyak sangat ni makcik

Kami dua org jer

Budak-budak tak makan ni

Takpelah, ambil jer

Ok,makasih daun keladi!

Usai iftar masih berbaki

Terus maghrib lantas isyak dan terawih

Bila balik encik suami bersuara

Moreh!moreh!

Maksudnya ada yang perlu sedia sesuatu untuk kudapan!

Ahah! Ada seri muka durianla!

Kuhidang dengan teh o panas dicampur kasih-sayang

Buat suami tersayang..heee

Ni makcik bagi petang tadi kataku

Eh…seri mukanya durian..

Apa pula seri muka kita yer?

Terpinga-pinga saya..

Ada seri muka pandan, tapi yang ini versi durian…kata saya

Bukan…

Maksud seri muka ni adjective bukan noun

Ibaratnya, muka makcik yang beri kita kuih,,berseri mukanya

Sebab cahaya ikhlas beri makanan untuk orang berpuasa

Pasti berseri muka dia di akhirat nanti..

Soalnya..

Muka kita ni berseri macam apa pulak…

Pulakkkkk…kata saya….

(boleh ke macam tu…)

Dalam sangatlah tazkirah pasca terawih hari ni…(dalam sangat maknanya)

Nanti lepas tahajjudlah saya fikirkan seri muka kita macam mana ye…..huuuu

Kot dapat inspirasi lebih

Maklumlah, saya ni slow sket bab maksud tersirat ni

Iman mencelah..

Haaa kakak tau,

muka mama berseri macam apa

macam bulan la abah!

Naper macam bulan!tanya abah

Sebab muka mama bulat tembam macam bulan!

Kami gelak sambil kataku dlm hati (ye betul!)

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..