Sayang Buah Kepayang...


Sayang-sayang buah kepayang

Ditelan pahit dibuang sayang

Konon pepatah juga ada mengatakan

Lepaskanlah apa yang kita sayang

Jika ia telah ditakdirkan untuk kita

Ia akan kembali

Jika tidak…

Memang ianya tidak ditakdirkan untuk menjadi…

Nampak macam mudah

Cerita Habil Qabil lantas terimbau

Persembahan cantik juga menarik

Mengundang rahmah..

Susah..

Ramadhan ini

Terniat di hati nak bersedekah

Pakaian buat anak yatim

Dikutip baju di wardrobe

Yang dikata ibarat butik itu

Hatta ada yang masih tidak dipakai

Baru dan cantik

Diletak dalam kotak

Diambil semula..

Sebab sayang pula..

Memang cantik!

Ada pula nostalgia datang melayang

Tentang kepingan pakaian di tangan

Ini pemberian bonda, hadiah kahwin, hadiah sahabat

Kalau disimpan mungkin berkat!

Ahhh!

kupejamkan mata.

nekad dengan niat dicita.

Elok lagi baju-baju ni Ros..

Betul awak nak sedekahkan?

Kata sahabat yang organize program bakti anak yatim itu

Betul kak, tolong pastikan niat saya ditunaikan ye kak..

Makasih…

Memang sungguh!

Ini baru kes melepaskan barangan kesayangan

Sanggupkah kita melepaskan wang ringgit,

harta benda dan seluruh harta dunia yang kita sayang ?

Sanggupkah kita melepaskan memori, kenangan, barangan juga orangan tersayang pergi???

Lepaskanlah..

Ikhlaskanlah..

Redholah…

Kerana Ia akan kembali dalam bentuk rahmat Allah

Yang sungguh tidak ternilai di sana…

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..