Satu Hari di Hari Puasa


Ada isteri seorang sahabat yang terror masak

Khabarnya sebulan puasa,

respi hariannya langsung tidak bertindih!

Fuyyoooo!

Tabik mam!

Yang kita ni pula penat fikir nak masak apa

Ketandusan resepi, maklumlah, bukan tukang masak ye tak?

Pulak tu, keinginan untuk makan sesuatu tu pula bukan boleh rancang awal

Macam ad-hoc gitu

Dengan ration yang encik suami beli untuk seminggu

Time pop in ke dapo, time tu baru teringin macam-macam

Tapi within the benda yang ada dalam kotak misteri tula..esbox

Emmm teringin pula nak makan masak lomak cili padi pucuk ubi dengan telur itik

(sebab sehari sebelum ini ada tgk rancangan masak-memasak kat TV)

Telur itik takde, yang ada telur asin

Oklah, kira telur itik jugak la

Pucuk ubi..haaaa

Aik?tak tak penah-penah makan pucuk ubi?

Kata encik suami kehairanan

Iyelah, ni yang nak makan ni…

Tergelak encik suami

Apa lagi..

Ambik bawang merah, kunyit sikit, ikan bilis dan cili padi…tumbuk

2 cawan santan tenggek atas api + asam keping sikit

Masukkan bahan tumbuk tadi

Kacauuuuuuu

Mendidih, masukkan telur itik…kacau

Masukkan pucuk ubi…kacau perlahan, sedikit garam, siap!

Tada…

Den ni bukan org nogori pun

Den budak kodah

Tapi dah alang dok kek Labu ni ha

Goreng pon sodapppp!

Sedap…kata encik suami tatkala iftar menjengah

Makasih daun ubi ye kanda…

Tulah, dalam memasak ni, memang banyak resepi, banyak cara

Nak tunggu ada benda, sampai bila la nak masak

Jangan takut, masak jer, asal tak letak yang bukan-bukan

….Dan faham konsep masak (ni kene ada ilmu laa)

Tambah sket keikhlasan dan kasih sayang..

insyaAllah sedap…

macam beribadah jugaklah..

asal mahu dan berkehendak..pasti jadi

buat yang termampu ikut cara kita, ye tak

asal tak salahi syarak

kita buat, kita dapat (pinjam kata-kata Ustazah Bahyah)!

Comments

Popular posts from this blog

Rahsia Sirap sedap terbongkar!

Rumahku wangi..syurgaku..